GUA MUSANG: Seorang buruh kampung dipenjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret Gua Musang, hari ini akibat memukul kepala isterinya menggunakan topi keledar.
Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap Mohd. Shamsuri Rokman Yusuf, 35, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tertuduh ditangkap pada 28 Januari lalu.
Mengikut pertuduhan, Mohd. Shamsuri didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang sebaya dengannya dengan memukul wanita itu menggunakan topi keledar di bahagian kepala.
Kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah kedai makan di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2, di sini, pukul 5 petang pada 25 Januari lalu yang didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana perlu bekerja dan menjaga ibu serta lima anaknya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.
Tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ahmad Firdaus Abdul Hamid.
Terdahulu, tular rakaman video seorang wanita dimarahi, ditampar dan dipukul seorang lelaki menggunakan topi keledar di tepi jalan di media sosial Facebook dan TikTok pada 26 Januari lalu.
Video berdurasi 1 minit 47 saat itu memaparkan seorang lelaki tidak dapat mengawal kemarahan apabila menampar muka, menolak sebelum memukul kepala seorang wanita menggunakan topi keledar.
Muhafandi Muhamad
Wed Feb 01 2023

Mohd. Shamsuri Rokman Yusuf dipenjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret Gua Musang, hari ini akibat memukul kepala isterinya menggunakan topi keledar. - Gambar Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Buruh kampung mengaku salah pukul isteri dengan topi keledar
Mohd. Shamsuri Rokman Yusuf dihukum dipenjara 15 bulan bermula dari tertuduh ditangkap pada 28 Januari lalu.

Buruh dicekup hantar mesej lucah kepada janda
Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun terbabit telah menghantar surat dan CD lucah ke rumah wanita berusia 52 tahun berkenaan.