SUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang juga buruh binaan dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun dan dikenakan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Sungai Petani hari ini atas kesalahan memiliki sepucuk pistol tanpa kebenaran dan permit yang sah.
Hukuman dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen 1, Roslan Hamid, ke atas tertuduh K Krishnakumar, 40, selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dikemukakan.
Tertuduh yang telah berkahwin dan tidak mempunyai anak didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 14 tahun dan tidak kurang dari enam sebatan.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Negeri Kedah, Zulfadzly Hassan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu Zulfadzly, meminta hukuman berat dikenakan selepas tertuduh mengaku bersalah sebagai pengajaran kepada orang awam kerana miliki senjata api tanpa kebenaran dan lesen yang sah boleh menyumbang kepada perlakuan jenayah hingga boleh menyebabkan kematian.
Bagaimanapun selepas mendengar rayuan tertuduh yang berpendapatan tidak seberapa selain terpaksa menyara seorang isteri dan ibu yang telah tua, Roslan menetapkan hukuman penjara lima tahun dan enam sebatan terhadap tertuduh.
Krishnakumar ditahan oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah,Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada jam 4.30 petang 30 Julai lalu di tepi bangunan kedai di Taman Ria Jaya selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.
Pemeriksaan pihak polis kemudiannya menemui sepucuk pistol jenis berwarna hitam buatan Amerika Syarikat, tiga butir peluru dan tiga kelongsong peluru terselit di bahagian hadapan pinggangnya.
Selain positif dadah jenis methamphetamine, Krishnakumar turut mempunyai 14 rekod berkaitan dadah, jenayah lampau termasuk dikehendaki kerana melarikan diri daripada pusat pemulihan dadah.
Sementara itu di Mahkamah Sesyen 2, T Santhana Samy, 48, yang dituduh di bawah Seksyen 9, akta sama kerana mengetahui pemilikan senjata api oleh rakannya itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.
Santha Samy ditahan pada pukul 10.30 malam hari sama di Taman Keladi selepas rakannya diberkas polis tetapi mengaku tidak mengetahui pemilikan sepucuk pistol oleh rakannya itu.
Hakim Azman kemudiannya menetapkan 29 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menantikan proses rawatan Santha Samy kerana mengalami masalah kesihatan.
Tiada jaminan ditawarkan oleh Hakim Azman terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Aug 07 2022
![Buruh dipenjara lima tahun, enam sebatan bersalah miliki pistol Buruh dipenjara lima tahun, enam sebatan bersalah miliki pistol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659854677_BuruhDipenjara.jpg)
Krishnakumar (tengah) ditahan oleh sepasukan polis pada 30 Julai lalu di tepi bangunan kedai di Taman Ria Jaya selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan. - Foto Astro AWANI
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Penganggur didakwa edar 70kg kanabis, miliki pistol, 50 peluru Penganggur didakwa edar 70kg kanabis, miliki pistol, 50 peluru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699600959_TBmilikipistolj.jpg)
Penganggur didakwa edar 70kg kanabis, miliki pistol, 50 peluru
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan mengedar 70 kilogram (kg) dadah jenis kanabis.
![Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686134079_TBpistol.jpg)
Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.
![Bekas banduan amuk tak boleh pinjam motosikal anak ditahan miliki pistol Bekas banduan amuk tak boleh pinjam motosikal anak ditahan miliki pistol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81685861888_TBpistol.jpg)
Bekas banduan amuk tak boleh pinjam motosikal anak ditahan miliki pistol
Suspek lelaki berusia 40 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Tanah Merah pada jam 2.55 petang.
![Polis Kelantan tahan seorang lelaki miliki pistol Polis Kelantan tahan seorang lelaki miliki pistol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674204018_TBZAKIHARUN.jpg)
Polis Kelantan tahan seorang lelaki miliki pistol
Polis Kelantan menahan seorang lelaki berusia 27 tahun bersama sepucuk pistol dalam serbuan sempena Op Tapis Khas di sebuah rumah di Kampung Lubok Jambu, di Kota Bharu.
![Penarik kereta didakwa miliki pistol, peluru hidup Penarik kereta didakwa miliki pistol, peluru hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665643886_penarikkereta.jpg)
Penarik kereta didakwa miliki pistol, peluru hidup
Seorang penarik kereta didakwa atas tiga pertuduhan memiliki sepucuk pistol bersama peluru hidup dan pistol tiruan pada 27 September lalu.
![Buruh dipenjara lima tahun, enam sebatan bersalah miliki pistol Buruh dipenjara lima tahun, enam sebatan bersalah miliki pistol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659854677_BuruhDipenjara.jpg)
Buruh dipenjara lima tahun, enam sebatan bersalah miliki pistol
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan enam sebatan atas kesalahan memiliki sepucuk pistol.
![Lelaki positif dadah miliki pistol, peluru ditahan Lelaki positif dadah miliki pistol, peluru ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81659279416_GunKids.jpg)
Lelaki positif dadah miliki pistol, peluru ditahan
Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki sepucuk pistol jenis Colt dan enam butir peluru hidup di Taman Ria Jaya, di sini, pada Sabtu.
![Dua termasuk remaja 16 tahun ditahan miliki pistol tiruan, kes ugut, pukul Dua termasuk remaja 16 tahun ditahan miliki pistol tiruan, kes ugut, pukul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51586766683_HANDCUFF.jpg)
Dua termasuk remaja 16 tahun ditahan miliki pistol tiruan, kes ugut, pukul
Dua individu termasuk remaja berumur 16 tahun ditahan kerana memiliki sepucuk pistol tiruan serta terlibat dalam kes pukul dan ugut di Bandar Tenggara, dekat Kota Tinggi, semalam.