Dua individu termasuk remaja berumur 16 tahun ditahan kerana memiliki sepucuk pistol tiruan serta terlibat dalam kes pukul dan ugut di Bandar Tenggara, dekat Kota Tinggi, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata selain remaja lelaki berkenaan, turut ditahan lelaki berusia 23 tahun pada pukul 11.45 malam tadi hasil maklumat orang awam.
Menurut beliau, kedua-dua suspek dipercayai terbabit melakukan ugutan dan memukul seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Taman Anggerik dekat Bandar Tenggara beberapa jam sebelum ditahan polis.
"Daripada siasatan awal pihak polis, kedua-dua suspek berkenaan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau serta negatif dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
"Kita sedang menyiasat pistol tiruan yang mereka miliki termasuklah cara suspek mendapatkannya," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Ahsmon berkata kedua-dua suspek berkenaan disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.
Pada masa yang sama, mereka juga disiasat di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana tidak patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan ketika ini.
Jika sabit kesalahan bagi Akta Senjata 1960, mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya. Bagi hukuman kesalahan Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan, hukumannya adalah penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
"Untuk kesalahan melanggar arahan PKP ini pula, hukuman adalah penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000," katanya.
Kedua-dua suspek kini direman selama empat hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut.- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 13 2020

Selain remaja lelaki berkenaan, turut ditahan lelaki berusia 23 tahun pada pukul 11.45 malam tadi hasil maklumat orang awam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

'Transporter' ditahan, dadah bernilai RM4 juta dirampas
Siasatan mendapati dadah jenis syabu seberat 51 kilogram (kg) dan pil ecstacy seberat 14.9 kg itu dipercayai untuk dihantar ke pasaran luar negara.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai
Polis merampas segulung kabel hitam, dua alat pemotong kabel, batang besi, sabit, kereta, dan beberapa kunci semasa serbuan.

Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama

Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.

Polis Johor selesai empat kes pecah rumah dengan penangkapan dua lelaki tempatan
Dua lelaki berkenaan ditahan dalam tempoh enam jam selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Skudai Baru pada 21 Januari lepas.

Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.

'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.

Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.