GUA MUSANG: Seorang buruh warga Bangladesh ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Nenggiri ketika bekerja di tapak projek Hidroelektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Star, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata, mangsa Md Kashem Sikdar, 35, dipercayai terjatuh ke dalam sungai tersebut ketika melakukan kerja memanjat besi paip dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari.
"Ketika kejadian mangsa memakai pakaian dan peralatan keselamatan dan kemalangan itu disaksikan seorang penyelia di kawasan terbabit yang melihat mangsa terjatuh bersama besi paip ke dalam sungai itu.
"Walaupun usaha menyelamat sukar dilakukan berikutan arus sungai yang deras, namun mayat mangsa dijumpai pada 12.40 tengah hari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan di tempat kejadian menunjukkan tiada unsur jenayah berlaku dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses selanjutnya.
Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). - BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2023

Seorang buruh warga Bangladesh ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Nenggiri ketika bekerja di tapak projek Hidroelektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Star, Gua Musang, semalam. - Gambar BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Buruh Bangladesh maut terjatuh dalam Sungai Nenggiri
Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai tersebut ketika melakukan kerja memanjat besi paip dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari.