KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia yang mencatat kenaikan selama lima hari berturut-turut sebelum ini, sebaliknya susut ketika memulakan dagangan Rabu dan menjejaki prestasi lemah Wall Street.
Pada 9.13 pagi, indeks petunjuk FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.33 mata kepada 1,494.50 daripada paras 1,498.83 pada akhir dagangan semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka turun 1.03 mata kepada 1,497.80.
Bagaimanapun, di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 198 berbanding 194 manakala 347 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,480 tidak diniagakan dan 20 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan mencecah 518.09 juta unit bernilai RM138.90 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata, kalangan peniaga kekal berhati-hati ketika menunggu pengumuman data inflasi dalam tempoh dua hari lagi iaitu Indeks Harga Pengguna (IHP) dan Indeks Harga Pengeluar Amerika Syarikat (AS) bagi Disember.
"Berikutan itu, Dow Jones susut 158 mata, Nasdaq menokok 14 mata manakala hasil Kertas Perbendaharaan 10 tahun AS menguncup sedikit kepada 4.015 peratus.
"Di Hong Kong pula, Indeks Hang Seng meneruskan penyusutannya untuk ditutup di bawah paras 16,200 yang disebabkan terutamanya oleh penjualan saham syarikat gergasi teknologi seperti Alibaba, JD.com, Tencent dan Meituan," katanya kepada BERNAMA.
Di peringkat tempatan, Thong percaya FBM KLCI masih menjadi tumpuan biarpun fasa konsolidasi ketika ini dan dijangka mencatat aliran dalam julat 1,495 hingga 1,505 hari ini.
"Kaunter Pembinaan dan Tenaga berkemungkinan menjadi tumpuan susulan aktiviti penjualan yang berlaku semalam," katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank masing-masing susut dua sen kepada RM9.08 dan RM4.37, Tenaga Nasional dan Petronas Chemicals turun enam sen masing-masing kepada RM10.50 dan RM7.04 manakala CIMB tidak berubah pada RM6.05.
Bagi saham aktif, Hong Seng Consolidated, TWL Holdings dan Minetech Resources masing-masing naik setengah sen kepada tiga sen, lima sen dan 24 sen manakala Pan Malaysia naik dua sen kepada 17 sen dan Industronics turun satu sen kepada lapan sen.
Di papan indeks pula, Indeks FBM 70 susut 8.78 mata kepada 15,100.59, Indeks FBMT 100 berkurangan 24.89 mata kepada 10,788.82, Indeks FBM Emas Shariah turun 16.62 mata kepada 11,250.03, Indeks FBM Emas menguncup 23.11 mata kepada 11,143.04 dan Indeks FBM ACE merosot 0.76 mata kepada 5,442.18.
Prestasi sektor menyaksikan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.14 mata kepada 176.97, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 39.18 mata kepada 16,696.74 dan Indeks Tenaga merosot 2.28 mata kepada 842.21 manakala Indeks Perladangan naik 0.01 mata kepada 7,082.20 dan Indeks Hartanah menokok 2.43 mata kepada 907.30. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024
![Bursa Malaysia rendah pada sesi awal dagangan selepas catat aliran meningkat Bursa Malaysia rendah pada sesi awal dagangan selepas catat aliran meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704366949_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia yang mencatat kenaikan selama lima hari berturut-turut sebelum ini, sebaliknya susut ketika memulakan dagangan Rabu dan menjejaki prestasi lemah Wall Street. - Gambar fail
![Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
![Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027 Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720094373_Flag.jpg)
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
![China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720107136_OrganizationSCOs.jpg)
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
![Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718092295_tbLimHuiYing.jpg)
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
![Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718092295_tbLimHuiYing.jpg)
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
![SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711260576_SuruhanjayaSekuriti.jpg)
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
![Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.43 mata kepada 1,616.75 daripada paras penutup 1,615.32 pada Rabu.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.12 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.18 peratus atau 3.02 mata kepada 1,618.34 daripada paras penutup 1,615.32 semalam.
![Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus
Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, disokong oleh belian berterusan dalam persekitaran sentimen global yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki prestasi peningkatan semalaman di Wall Street.
![Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan aktiviti pengambilan untung pada sesi akhir dagangan hari ini, diseret turun oleh indeks wajaran tinggi yang diterajui kaunter telekomunikasi.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata
Bursa Malaysia dibuka tinggi melepasi paras psikologi 1,600 mata pada Selasa, didorong pembelian semasa harga murah.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.70 mata kepada 1,583.24 daripada 1,584.94 pada Khamis.