Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, seiring dengan kebanyakan pasaran Asia, dipengaruhi prestasi lemah Wall Street dalam tempoh semalaman, walaupun harga minyak mentah terus berada dalam aliran meningkat, kata peniaga.
Pada 9.15 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.82 mata kepada 1,371.82 daripada 1,381.64 ketika ditutup semalam.
Indeks itu dibuka 5.47 mata lebih rendah pada 1,376.17.
Lingkungan pasaran bagaimanapun positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 192 berbanding 174, manakala 209 kaunter tidak berubah, 1,336 tidak kaunter diniagakan dan 28 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 470.27 juta saham bernilai RM173.83 juta.
Malacca Securities berkata pada Khamis, momentum belian telah diselingi oleh aktiviti pengambilan untung yang pantas memandangkan peningkatan semula FBM KLCI telah terhenti.
Selepas dua minggu berturut-turut mengalami kenaikan semula yang kukuh, pelabur kini perlu mempertimbangkan keputusan pelaburan masing-masing memandangkan kebimbangan mengenai kesan ekonomi akibat COVID-19 kembali wujud, kata firma pembrokeran itu.
"Pada masa yang sama, aktiviti penjualan berterusan dari dana asing juga mengehadkan kenaikan bagi jangka terdekat.
"Berdasarkan situasi cenderung ke arah penurunan, kami berpandangan FBM KLCI mungkin akan mengalami prestasi tidak banyak berubah, iaitu dalam julat di antara paras 1,360 dengan 1,410.
"Sekiranya melepasi paras atasan, pemulihan semula akan dilihat dengan indeks utama bergerak ke paras 1,420 dan 1,455," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Ia berkata jika sebaliknya, paras sokongan disandarkan pada 1,360 buat masa ini.
Malacca Securities berkata saham berharga murah dan saham pasaran meluas juga didagangkan secara tidak begitu baik kerana pelabur tidak melabur semula hasil daripada kenaikan baru-baru ini untuk mengurangkan pendedahan dalam turun naik seterusnya yang dijangkakan.
"Bagaimanapun, kestabilan harga minyak mentah mungkin menarik minat dagangan kepada saham minyak dan gas," menurutnya.
Antara saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM7.43, namun TNB turun 28 sen kepada RM12.02, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing susut enam sen kepada RM15.80 dan RM5.14, manakala Petronas Chemicals kurang 10 sen kepada RM5.29.
Bagi saham aktif, Tiger Synergy naik 1.5 sen kepada 11.5 sen, Sanichi Technology menokok setengah sen kepada lima sen sementara Vortex Consolidated dan Xidelang masing-masing tidak berubah pada lapan sen dan tujuh sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 46.46 mata kepada 9,571.43, Indeks FBM Emas Syariah turun 67.26 mata kepada 10,608.80, sementara Indeks FBMT 100 kurang 49.17 mata kepada 9,449.24.
FBM 70 menokok 16.54 mata kepada 11,465.05 dan FBM Ace susut 1.84 mata kepada 4,396.50.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.90 mata kepada 115.94, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 24.52 mata kepada 12,284.38 sementara Indeks Perladangan naik 11.47 mata kepada 6,169.70.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 24 2020
Malacca Securities berkata pada Khamis, momentum belian telah diselingi oleh aktiviti pengambilan untung yang pantas memandangkan peningkatan semula FBM KLCI telah terhenti. Gambar fail.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.
Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia
Lebih 1,700 suspek ditahan di 10 negara Asia dalam operasi besar-besaran terhadap penyeludupan senjata api haram, kata Interpol.