BUNYI seakan letupan dan gegaran selama beberapa saat kira-kira jam 11 pagi menggemparkan penduduk sekitar Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu di Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan pada Ahad.
Bunyi letupan kuat seperti guruh yang turut disusuli gegaran itu dikatakan dapat dirasai selama lima ke enam saat.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata pihaknya masih menyiasat dari mana datangnya letupan tersebut.
“Saya sudah berhubung dengan Ketua Polis Daerah Sipitang dan beliau mendakwa terdengar bunyi letupan kuat dari arah Lawas, Sarawak.
"Saya juga berhubung dengan polis Labuan tetapi bom lama yang ditemukan sebelum ini juga sudah dimusnahkan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Jelasnya, setakat ini pihaknya belum menerima laporan atau aduan daripada mana-mana pihak yang menyatakan lokasi letupan terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, pihaknya juga kini sedang giat mencari punca bunyi letupan tersebut.
“Saya juga dengar bunyi seperti guruh dari arah Labuan. Kita sedang mencari kemungkinan berpunca dari 'pipe line' gas ke Miri tetapi perkara ini belum disahkan,” ujarnya.
Terdahulu, Ketua Zon Bomba Beaufort, Anddre Andrew berkata, Balai Bomba dan Penyelamat di bawah zon Beaufort tidak menerima sebarang panggilan operasi.
“Setakat ini tidak pasti punca daripada apa.
“Pihak bomba pun tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berkaitan bunyi itu namun hanya panggilan daripada orang ramai diterima untuk bertanya punca bunyi itu,” katanya.
Letupan dan gegaran itu menjadi tanda tanya dalam kalangan penduduk malah di media sosial, ramai yang berkongsikan peristiwa berkenaan dan tertanya-tanya dari mana datangnya bunyi tersebut.
Astro Awani
Sun Jan 31 2021
![Bunyi letupan bagai guruh, gegaran gemparkan penduduk Sabah Bunyi letupan bagai guruh, gegaran gemparkan penduduk Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81612074500_bunyiletupan.jpg)
Letupan dan gegaran itu menjadi tanda tanya dalam kalangan penduduk malah di media sosial, ramai yang berkongsikan peristiwa berkenaan dan tertanya-tanya dari mana datangnya bunyi tersebut.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Polis Thailand tahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam letupan di Yala Polis Thailand tahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam letupan di Yala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-07/41562154164_YalaThailand.jpg)
Polis Thailand tahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam letupan di Yala
Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada malam semalam berhampiran flat polis Bannan Sata.
![Lelaki larikan kereta di stesen minyak sempat ceroboh rumah, tertidur sebelum diberkas Lelaki larikan kereta di stesen minyak sempat ceroboh rumah, tertidur sebelum diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717573925_TBpencurikereta.jpg)
Lelaki larikan kereta di stesen minyak sempat ceroboh rumah, tertidur sebelum diberkas
Lelaki yang disyaki melarikan kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Semambu pada Isnin sempat menceroboh sebuah rumah di Kampung Chinta Manis dan tertidur sebelum diberkas polis tengah malam tadi.
![3 maut, 25 cedera dalam letupan garaj di timur China 3 maut, 25 cedera dalam letupan garaj di timur China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711866301_TBEXPLOSION.jpg)
3 maut, 25 cedera dalam letupan garaj di timur China
Tiga orang terbunuh dan 25 yang lain cedera dalam letupan sebuah garaj di Wilayah Jiangxi timur China.
![9 maut dalam letupan kilang bunga api di selatan India 9 maut dalam letupan kilang bunga api di selatan India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715309975_explosion.jpg)
9 maut dalam letupan kilang bunga api di selatan India
Letupan berlaku berhampiran Sivakasi di daerah Virudhunagar, kira-kira 550 km dari ibu negeri Chennai.
![Mercun, bunga api bernilai RM854,000 dirampas Mercun, bunga api bernilai RM854,000 dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715083045_bungaapi.jpg)
Mercun, bunga api bernilai RM854,000 dirampas
Polis merampas 427 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM854,000 dalam satu serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian Taman Scientex Senai di Kulai, Ahad lepas.
![Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715080478_Narathiwatbom.jpg)
Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Mangsa wanita berusia 38 dan 31 tahun dari Tumpat, Kelantan itu mengalami kecederaan ringan susulan letupan bom pada 9.35 malam pada Isnin.
![Insiden letupan: Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron Insiden letupan: Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715063285_TBSungaiGolok.jpg)
Insiden letupan: Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron
Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di sini berada pada tahap terbaik.
![Sweden lihat tiada keperluan siasatan antarabangsa dalam letupan Nord Stream Sweden lihat tiada keperluan siasatan antarabangsa dalam letupan Nord Stream](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714739002_denmarknordstream.jpg)
Sweden lihat tiada keperluan siasatan antarabangsa dalam letupan Nord Stream
Siasatan ke atas insiden itu telah dilakukan oleh pihak berkuasa Sweden menurut prinsip asas kebebasan, tidak berat sebelah dan kedaulatan undang-undang.
![Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714468208_penyeludupbahanapi.jpg)
Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis
Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup susulan insiden letupan bom serta berbalas tembakan.
![Seorang parah, dua cedera tong gas nitrogen meletup Seorang parah, dua cedera tong gas nitrogen meletup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713764437_TBnitrogenjpg.jpg)
Seorang parah, dua cedera tong gas nitrogen meletup
Kejadian melibatkan letupan gas nitrogen ketika ujian tekanan dilakukan pekerja kilang terlibat.