ALOR SETAR: Bunyi dentuman kuat mengejutkan sebuah keluarga yang sedang berehat di Taman Mergong Jaya, di sini, dalam kejadian ribut kira-kira jam 2 petang pada Rabu.
Siti Masita Mat Isa, 38, berkata, kejadian tersebut menyebabkannya bergegas keluar dari bilik tidur untuk memeriksa bunyi seakan-akan letupan mercun tersebut.
Menceritakan kejadian cemas itu, ibu kepada empat anak itu berkata, dia berasa takut dan panik kerana rumahnya seakan-akan bergegar secara tiba-tiba.
"Walaupun ketakutan, saya tetap keluar dari bilik untuk memeriksa dan mendapati ruang tamu rumah berselerak dengan siling jatuh ke lantai dan bumbung rumah pula tiada.
"Mujurnya, anak-anak tidak bermain di ruang tamu seperti kebiasaanya pada hari kejadian, sebaliknya berada di bilik tidur," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya pada Khamis.
Rumah Siti Masita antara enam kediaman di taman perumahan itu yang mengalami kerosakan terutamanya bahagian bumbung akibat dilanda ribut.
Menurut pengusaha kuih-muih itu, dia bagaimanapun bersyukur kerana mereka sekeluarga selamat meskipun mengalami kerugian teruk akibat kerosakan siling dan bumbung rumah dalam kejadian ribut tersebut.
"Cumanya, sekarang rasa takut hendak duduk rumah sebab setiap kali dengar angin menderu, saya bimbang siling rumah yang telah rosak akan runtuh kerana tidak mampu membaiki kerosakan itu lagi.
"Jadi, saya tidak benarkan anak bermain di ruang tamu, selain tidak berani membuka kipas disebabkan ia boleh jatuh bila-bila masa sahaja," katanya.
Sementara itu, seorang lagi mangsa ribut, Mohd Faizal Hashim,33, berkata, kejadian ribut itu berlaku sekelip mata dan tanpa disangka-sangka hingga menerbangkan sebahagian bumbung di ruang tamu rumahnya.
Menurut Mohd Faizal, dia dan isteri tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya mampu menyelamatkan diri selepas dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat itu.
"Dalam tempoh dua minit sahaja, saya dan isteri mendapati bumbung rumah sudah diterbangkan angin ke kawasan luar pagar dan banyak bahagian alami kerosakan," katanya.
Menurut suri rumah, Nurul Ashikin Abu Seman, 37, dia ada bersama anak perempuannya, Puteri Nur Jannah Mohd Abdul Azim, 6, berada di rumah sewaktu kejadian itu.
"Memang takut sebab tidak pernah dengar bunyi sekuat itu, jadi kami cuba mampu melarikan diri ke tempat selamat dan mujurnya tiada apa-apa," katanya.
Katanya, dia menyangka kerosakan hanya berlaku pada bahagian bumbung depan rumah, namun rupa-rupanya bahagian lain turut diterbangkan angin.
"Kami sudah membaiki kerosakan pada bahagian bumbung di kawasan bilik dengan menggantikan bumbung baharu dengan kos sekitar RM300, cuma bahagian bumbung hadapan masih belum dapat dibaiki," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 16 2023
Menceritakan kejadian cemas itu, ibu kepada empat anak itu berkata, dia berasa takut dan panik kerana rumahnya seakan-akan bergegar secara tiba-tiba. - Foto Sinar Harian
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
Jho Low di Myanmar? Bukit Aman belum terima maklumat
Tan Sri Razarudin Husain berkata Polis Diraja Malaysia tidak mempunyai maklumat keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low yang didakwa berada di Myamnar.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
TERKINI] Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Hasil lawatan PM ke luar negara peroleh pelaburan RM12.8 bilion
Jelas Menteri Komunikasi ia termasuk pembukaan pasaran baharu, pengukuhan diplomatik, perkongsian strategik dalam tenaga boleh diperbaharui, pensijilan halal serta penubuhan ekosistem baharu di Afrika Utara dan Amerika Latin.
Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor di peringkat akhir penyediaan
Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor yang menumpukan kepada keperluan menyeluruh jaringan pengangkutan awam kini dalam peringkat akhir penyediaan.
Kos dibiayai Kerajaan untuk deligasi rasmi berjumlah RM1.662 juta
Jelas Menteri Komunikasi merangkap jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil, Kerajaan Malaysia membayar untuk penerbangan Perdana Menteri dan beliau tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat.
Bunyi dentuman kuat, bumbung diterbang ribut
Bunyi dentuman kuat mengejutkan sebuah keluarga yang sedang berehat di Taman Mergong Jaya, di sini, dalam kejadian ribut kira-kira jam 2 petang pada Rabu.