PUTRAJAYA: Seorang bekas pencuci kapal yang disabitkan membunuh seorang ahli perniagaan dengan menikam dan membakar mayat mangsa tujuh tahun lepas, hari ini gagal dalam rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan di sini untuk mengetepikan hukuman mati terhadapnya.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat sebulat suara menolak rayuan Izwanuddin Kasim, 41, selepas mendapati ia tidak mempunyai merit.
"Setelah meneliti rekod rayuan dan alasan penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang disahkan oleh Mahkamah Rayuan, kami mendapati tidak ada apa-apa kekhilafan dilakukan oleh kedua-dua mahkamah tersebut.
"Oleh itu, keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mensabitkan perayu bagi kesalahan membunuh adalah dikekalkan. Dengan ini rayuan perayu ditolak," kata Ong yang bersidang bersama-sama Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal.
Selepas panel hakim menyampaikan keputusan itu, Izwanuddin dilihat menangis dan dipeluk oleh bapanya serta ditenangkan oleh ahli keluarga yang hadir pada prosiding hari ini.
Pada 1 Okt 2017, dia didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru manakala rayuannya ditolak pada 30 Sept 2019.
Izwanuddin bersama dengan seorang lelaki warga Singapura, Noriskandar Zainal Yahya, didakwa membunuh Yong Boon Cheong, 54, di Jalan Skudai, Danga Bay antara 6 dan 7 pagi pada 4 Julai 2014 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, selepas perbicaraan bermula pada Mac 2015, pendakwaan telah mengemukakan pertuduhan pindaan terhadap Noriskandar mengikut Seksyen 212 Kanun Keseksaan kerana membantu melupuskan mayat.
Lelaki itu kemudian mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Terdahulu, peguam Rosli Kamaruddin berhujah bahawa tiada keterangan kukuh yang menunjukkan perayu menggunakan senjata untuk menikam dada mangsa dan seterusnya menyebabkan kematian Yong.
"Ada enam orang yang terlibat dalam memukul mangsa dan anak guam saya hanya menggunakan tangan dan kakinya ketika melakukan perbuatan itu tanpa sebarang senjata," katanya sambil menambah pendakwaan juga gagal memanggil seorang wanita dikenali sebagai 'Ros Elly' yang didakwa terlibat dalam insiden itu untuk memberi keterangan.
Timbalan Pendakwa Raya Abdul Ghafar Abd Latif pula berhujah saksi pendakwaan ke-15 (SP15) iaitu seorang pemandu teksi dalam keterangannya berkata dia telah melihat satu pergaduhan membabitkan perayu, si mati dan seorang wanita semasa menurunkan penumpang di Polo Park.
"SP15 menyatakan dia nampak perayu menumbuk muka si mati menggunakan buku lima selain terdapat keterangan mencukupi daripada saksi pendakwaan lain bahawa perayu menikam mangsa," katanya.
Beliau berkata pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas Yong dalam keterangannya menyatakan bahawa punca kematian adalah disebabkan tusukan ke jantung dan mangsa mati sebelum dibakar.
"Sabitan ke atas perayu adalah selamat dan mohon keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dikekalkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat sebulat suara menolak rayuan Izwanuddin Kasim, 41, selepas mendapati ia tidak mempunyai merit. - Gambar/ Bernama
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
Wanita warga emas rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Kementerian Komunikasi.
KPM pantau keadaan susulan pencemaran bau kimia di Johor Bahru
KPM terus memantau keadaan di beberapa sekolah berhampiran dengan kawasan terlibat dalam kejadian pencemaran bau kimia di Johor Bahru.
Geng Bala tumpas, 11 ahli diberkas
Polis percaya berjaya menumpaskan 'Geng Bala' yang aktif dalam kegiatan samun dan pecah rumah dengan penahanan 11 individu.
Sindiket dadah RM1.85 juta tumpas, ibu dan anak, pasangan kekasih ditahan
Ibu dan anak serta pasangan kekasih antara lima ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah bernilai RM1.85 juta.
Bayi patah kaki disyaki didera: Pengasuh direman tiga hari lagi
Reman terhadap seorang pengasuh dilanjutkan tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes bayi perempuan dua bulan yang patah kaki disyaki didera.
Dua lemas dalam kejadian berasingan di Johor Bahru
Lapan anggota dibantu sebuah jentera FRT dan Unit EMRS dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 petang.
Mahkamah tolak pengakuan salah lelaki abai anak
Hakim menolak pengakuan Roslan yang pada mulanya mengaku bersalah selepas mendapati pengakuan tersebut dibuat secara bersyarat.
Jelajah Jiwa SME 2024 JB labuh tirai, produk inovatif ‘Mi Sayur’ raih pakej media bernilai RM55,600
Siri jelajah Jiwa SME 2024 Johor Bahru melabuhkan tirai dengan produk 'Mi Sayur' oleh Yumny Food muncul sebagai pemenang kategori Penyertaan Terbaik seterusnya meraih pakej media bernilai RM55,600.
Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas dadah bernilai RM11.6 juta, dalam serbuan di sekitar Johor Bahru.
Johor rancang buka 10 lagi pusat data
Johor merancang untuk membuka 10 lagi pusat data di negeri berkenaan bagi menarik pelabur luar sekali gus meningkatkan pertumbuhan kadar ekonomi serta peluang pekerjaan.