KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai bungkusan ganja misteri yang dihantar ke alamatnya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.
Rafizi menyifatkan tindakan oleh individu yang tidak dikenali itu hanya 'membuang duit'.
"Tak ada lah saya tak tengok pun, orang hantar ganja, polis ambil lah. Buang duit sahaja hantar ganja dekat saya, saya tak ambil ganja.
"Saya tak tahu, ia dihantar ke ofis di bawah alamat Perdana Menteri dan saya," jelas Rafizi.
Tambahnya, beliau dan Perdana Menteri tidak mengambil ganja, sebaliknya menyerahkan siasatan kepada pihak polis.
"Kami berdua tidak ambil ganja, jadi saya rasa itu membazir. Sudah tentu ia dihantar ke balai polis," jelasnya ketika ditanya mengenai bungkusan misteri yang dilaporkan pada Isnin.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Pemudah di Dewan Rakyat pada Selasa.
BACA: Polis rampas ubat gigi daun ganja dialamatkan kepada dua ahli politik kerajaan
Semalam, Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada seorang petugas di kaunter pertanyaan Kementerian Ekonomi, Menara Prisma, Putrajaya mengenai bungkusan berkenaan.
Siasatan awal mendapati, bungkusan terbabit mengandungi satu tiub ubat gigi bercorak daun ganja tertera tulisan 'Happy Green' dan ekstrak daun ganja dengan berat 80 gram di dalam satu lagi bungkusan kotak berwarna coklat.
Kes disiasat dibawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Fareez Azman
Tue Mar 14 2023
Rafizi menyifatkan tindakan oleh individu yang tidak dikenali itu hanya 'membuang duit'. - Fail/PDRM
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pendaftaran PADU Fasa 2 dibuka selepas Kabinet luluskan - Rafizi
Pendaftaran PADU fasa kedua akan dibuka selepas Kabinet meluluskan beberapa kriteria yang sedang diperhalusi oleh kementerian yang terlibat.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Kerajaan tidak bercadang tarik subsidi minyak peket - Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kenyataannya yang tular sebelum ini menyentuh mengenai usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan ketirisan, bukan mahu memansuhkan subsidi untuk minyak peket.
Rangka kerja, strategi ekonomi biru sedang dibangunkan - Rafizi
Satu rangka kerja dan strategi ekonomi biru sedang dibangunkan di peringkat Kementerian Ekonomi, yang dijangka disiapkan menjelang akhir 2025, kata Menterinya Rafizi Ramli.
Semenanjung Malaysia semakin kehabisan sumber minyak, gas
Sumber minyak dan gas di Semenanjung negara ketika ini semakin berkurangan kira-kira 50 peratus, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Kerajaan akan pastikan peranan Pihak Berkuasa Koridor tidak bertindih - Rafizi
Kerajaan akan memastikan Pihak Berkuasa Koridor (PBK) memainkan peranan seperti yang ditetapkan dan tidak bertindih dengan tugas agensi lain, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Malaysia mahu memastikan industri CCUS disegerakan secepat mungkin - Rafizi
Malaysia mahu memastikan industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dimulakan secepat mungkin di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat dari negara lain.
Subsidi RON95: Sistem harga dua peringkat lebih baik berbanding levi petrol, bayaran tunai - Rafizi
Kaedah two-tier pricing di stesen minyak merupakan kaedah terbaik, dan pelaksanaannya akan terus diperhalusi bagi meminimakan risiko operasi.
Malaysia dan Singapura bincang percepat penubuhan JS-SEZ, kukuh hubungan dua hala
Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) mengadakan mesyuarat khas di sini hari ini
Prestasi Kerajaan MADANI kawal inflasi disifatkan sebagai terbaik
Prestasi Kerajaan MADANI dalam mengawal inflasi terutama berkaitan kenaikan harga barang makanan dan minuman disifatkan sebagai terbaik sejak mengambil alih pentadbiran negara.