Sempena sambutan Hari Ibu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengedarkan kuntuman bunga mawar dan lebih seribu Cupcake secara percuma kepada ibu-ibu di seluruh Malaysia.
Di Kuala Lumpur, lebih 100 kakitangan dan sukarelawan mengedarkan bunga and kek di ruang hadapan kompleks membeli belah Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman dan di sekitar Masjid Jamek bermula jam 12 tengah hari.
Menurut Ketua Komunikasi Korporat KPWKM, Alice Suriati Mazlan, aktiviti ini adalah sebagai penghargaan kepada para ibu yang memainkan peranan penting dalam masyarakat dan institusi kekeluargaan.
"Pemberian bunga dan kek ini sedikit sebanyak akan menambah keceriaan para ibu sekaligus menjadikan sambutan Hari Ibu lebih bermakna buat mereka," kata Suriati.
Acara sambutan Hari Ibu KPWKM yang diadakan serentak di seluruh negara mempunyai matlamat sama iaitu menzahirkan rasa cinta, hormat dan terima kasih atas kasih sayang dan segala pengorbanan yang dicurahkan seorang ibu.
Bertemakan "Respek Wanita", ia dipilih sebagai tanda penghormatan wanita terhadap hak-hak mereka dari segi keadilan, kesihatan, kesaksamaan dan menentang keganasan terhadap wanita.
Suriati berkata, sambutan Hari Ibu merupakan acara tahunan dalam kalendar KPWKM sejak 2002.
"Setiap tahun tema Hari Ibu berbeza dan di sambut dengan pelbagai acara khusus di Peringkat Kebangsaan dan negeri di beberapa lokasi yang berbeza," tambahnya.
Sehubungan itu, KPWKM juga akan mengadakan dua siri program pendidikan dan seminar di beberapa lokasi seperti universiti, cawangan kerajaan dan sekolah-sekolah sehingga penghujung bulan Jun nanti.
Berikut lokasi pemberian bunga dan kek disediakan KPWKM:-
1. Perlis • Pasaraya C-Mart Arau,
2. Kedah • Wad Bersalin Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar
3. Pulau Pinang • Tesco Seberang Jaya
4. Perak • Mydin Meru
5. WP Kuala Lumpur • Sogo Kuala Lumpur • Stesen LRT • Jalan T.A.R • Maju Junction
6. Selangor • Wad Bersalin • Hospital Sungai Buloh
7. Melaka • Pusat Membeli Belah Aeon Bandaraya
8. Negeri Sembilan • Pusat Membeli Belah Jaya Jusco, Seremban
9. Johor • Plaza Angsana
10. Pahang • Wad Bersalin, Hospital Tengku Ampuan Afzan,
11. Kelantan • KB Mall
12. Terengganu • Mydin Mall, Kuala Terengganu
13. Sabah • Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah • Wad Bersalin Hospital Queen Elizabeth Roses
14. Sarawak • Wad Bersalin Hospital Umum Sarawak
15. W.P Labuan • Kompleks Ujana Kewangan
Khairul Wasiril Aswad
Sun May 12 2013
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Ramai pertikai Bunga jadi opening act Coldplay? Ini jawapan tuan empunya badan
Penyanyi rap Bunga tiba-tiba menjadi bualan netizen apabila dia diumumkan sebagai artis opening act bagi konsert Coldplay.
MAHA 2020 akan diadakan secara hibrid - Ismail Sabri
Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism (MAHA) 2020 akan diadakan pada 26-29 November 2020.
Bunga mawar dan kek percuma sempena Hari Ibu
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengedarkan kuntuman bunga mawar dan lebih seribu kek sempena Hari Ibu.