JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan pihak perunding yang menjalankan kerja-kerja reka bentuk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Menanti di Muar, menjalankan siasatan terperinci dan menyediakan laporan berhubung kejadian bumbung runtuh membabitkan sebuah blok sekolah berkenaan.
KPM dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan dan laporan itu juga termasuk mengenai keselamatan kerja bumbung di blok bersebelahan.
"KPM dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Muar juga mengarahkan pihak perunding dan kontraktror, mengambil tindakan pembaikan dengan segera setelah siasatan terperinci dilakukan bagi memastikan blok-blok yang terlibat dapat digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
KPM menjelaskan pihaknya dan JKR Daerah Muar telah membuat siasatan dan mendapati struktur bumbung masih dalam pembinaan serta belum ditutup sepenuhnya.
"Angin kuat semasa kejadian telah memasuki struktur bumbung yang dalam keadaan separa terbuka telah menjadi punca kegagalan struktur bumbung di blok Meranti," menurut KPM.
Jelas KPM, kerja-kerja menaik taraf bumbung sekolah dan penyelenggaraan bangunan serta lain-lain kerja berkaitan di SMK Seri Menanti dilaksanakan melalui perolehan secara sebut harga oleh JKR Daerah Muar selaras dengan peraturan perolehan yang berkuat kuasa.
KPM memaklumkan, JKR Daerah Muar telah mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada kontraktor yang berjaya untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf bumbung dan penyelenggaraan bangunan di sekolah berkenaan bermula dari 16 Ogos tahun ini dan dijangka siap bulan depan.
Semalam, media melaporkan bumbung sebuah blok di SMK Seri Menanti runtuh dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata kejadian berlaku ketika sesi persekolahan dan semua pelajar sedang menjalani waktu rehat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021

Semalam, media melaporkan bumbung sebuah blok di SMK Seri Menanti runtuh. - Gambar/ FB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.
[TERKINI] Ismail Sabri beri keterangan di SPRM esok - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.
Agenda AWANI: Rasuah kecil atau besar, lawan!
Bagaimana siasatan kes rasuah berprofil tinggi seperti yang melibatkan bekas pemimpin politik mempengaruhi persepsi dan keyakinan rakyat terhadap integriti institusi awam di Malaysia? Diskusi 8.30 malam

Curi RM300,000: Pegawai, anggota polis antara 21 individu diambil keterangan
Polis telah mengambil keterangan 21 individu termasuk dua polis masing-masing pegawai dan anggota yang didakwa mencuri RM300,000 di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Bumbung runtuh: KPM arah perunding reka bentuk SMK Seri Menanti buat siasatan
Siasatan dan laporan itu juga termasuk mengenai keselamatan kerja bumbung di blok bersebelahan.