Mufti Perlis Prof Madya Mohd Asri Zainul Abidin berkata umat Islam perlu mempersiapkan mental dan rohani mereka menjelang bulan Ramadan.
Beliau berkata bulan Ramadan bukan merupakan bulan di mana umat Islam perlu memfokus hanya kepada mempersiapkan diri dari aspek fizikal semata-mata seperti mahu berehat banyak.
"Bila tiba bulan Ramadan, apa yang perlu dihayati ialah kelebihan bulan mulia itu. Lebihkan amal ibadat, menginsafi diri, mencari keberkatan dan keredaan Allah SWT.
"Ramadan bukan bulan untuk kita berfikir mahu makan apa, berbuka puasa dengan apa, mahu berbelanja apa serta ghairah ke pasar Ramadan dan membeli mengikut nafsu yang akhirnya menjadi pembaziran," katanya pada forum khas mengenai Ambang Ramadan anjuran Jabatan Mufti Perlis di Masjid Alwi di sini.
Mohd Asri turut mengingatkan umat Islam agar tidak mengisi bulan Ramadan dengan perbuatan sia-sia, sebaliknya menahan nafsu mereka daripada melakukan segala perkara yang tidak baik dan mengisinya dengan amalan kebaikan yang dijanjikan ganjaran pahala.
"Betulkan ibadat yang wajib supaya lebih sempurna, penuhilah Ramadan dengan pengisian amalan-amalan sunat, berzikir dan membaca al-Quran. Janganlah membazir masa dengan perbuatan tidak berfaedah, perbuatan yang berdosa serta membazir ketika berbelanja untuk persiapan menjelang hari raya," katanya.
Seorang lagi ahli panel iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor berkata umat Islam harus melatih diri untuk bertaubat kepada Allah atas segala dosa dan kesalahan yang mereka lakukan sebelum ketibaan bulan Ramadan.
Beliau berkata sepanjang Ramadan umat Islam perlu memperbanyakkan taubat dan ibadat mereka kerana di bulan mulia itu Allah akan memperkenankan doa hambanya, malah amalan taubat perlu diteruskan pada bulan-bulan seterusnya. - BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2017

Mohd Asri turut mengingatkan umat Islam agar tidak mengisi bulan Ramadan dengan perbuatan sia-sia.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Kes COVID-19 meningkat, Dr Maza tegur pemimpin kerajaan
Katanya ketika PRN Sabah baru-baru ini, perlukah semua menteri dan pemimpin politik untuk turut berada di Negeri Di Bawah Bayu itu untuk berkempen.

12 orang sahaja tunai solat Jumaat di Perlis
Masjid di Perlis mengadakan solat Jumaat yang pertama selepas lebih dua bulan tidak dibenarkan berbuat demikian.

Mufti Perlis sokong Muhyiddin sebagai PM kerana sah dari segi Perlembagaan
Mohd Asri berkata siapa sahaja yang menyokong kerajaan sekarang tidak terikat dengan perjanjian yang dibuat oleh Dr Mahathir sebelum ini.

"Jangan bahayakan orang lain, buatlah pemeriksaan," rayu Dr Maza kepada jemaah tabligh
Dr Asri berkata, beliau dimaklumkan terdapat kalangan jemaah tabligh yang menyertai himpunan di Sri Petaling masih belum melakukan pemeriksaan.

Senarai Kabinet Muhyiddin melalui tapisan SPRM, PDRM - Mufti Perlis
Barisan menteri Kabinet yang akan dilantik oleh Tan Sri Muyiddin Yassin merupakan mereka yang telah melepasi tapisan SPRM dan PDRM.

Debat Piala Tun Razak: Ibarat 'memangsakan' anggota debat - Dr Maza
Ibarat -memangsakan- anggota debat. Itu pendirian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berhubung usul yang dipilih untuk peserta debat Piala Tun Razak 2019, pada Isnin lalu.

Awalnya diupah untuk simbah asid ke muka Mufti Perlis tetapi...
Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, siasatan polis kini hanya terarah kepada pihak ketiga yang mengupah Mee Tomoi.

'Kita tidak boleh nafi tentang kemalasan itu' - Dr MAZA
Mufti Perlis, Professor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar sikap segelintir orang Melayu yang membuatkan mereka sukar untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Bulan Ramadan untuk persiap mental dan rohani - Mufti Perlis
Ramadan bukan merupakan bulan di mana umat Islam perlu memfokus hanya kepada mempersiapkan diri dari aspek fizikal semata-mata.

Elak perkara mudarat, merosakkan termasuk Pokemon GO - Dr MAZA
Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan apa sahaja perbuatan yang merosakkan manusia dan mengancam keselamatan diri sendiri atau orang lain adalah dilarang di dalam Islam.