Pada awalnya diupah untuk menyimbah asid ke muka Mufti Perlis namun kerana tidak sampai hati, suspek terakhir kes bakar kereta Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengubah tindakan kepada cubaan mengugut dengan membakar kereta, dalam kejadian Mac lalu.
Suspek yang dikenali sebagai Mee Tomoi, 48 tahun, turut mempunyai 16 rekod jenayah lampau berkaitan samun dan dadah, selain terlibat dalam kes tetak Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Doktor Hazman Hassan, tahun lalu yang telah dianggap selesai
Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, siasatan polis kini hanya terarah kepada pihak ketiga yang mengupah Mee Tomoi.
Ketika ini, Mee Tomoi masih direman sehingga 17 Julai depan bagi melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, kerana melakukan khianat dengan api.
“Ya dia memang diupah, tapi bila tak cukup upah diterima, dia janji sekian sekian (upah) lepas tu dapat sepertimana yang dijanjikan.
"Tapi sebenarnya Mee Tomoi ni diupah melakukan yang lebih dahsyat lagi, dia tak sampai hati… Dia tak sampai hati... sebagai manusia... sebagai orang Islam, dia tak sampai hati…” ujar Noor Mushar.
BACA: Suspek terakhir kes bakar kereta Mufti Perlis ditahan
BACA: Kereta rasmi Mufti Perlis dipercayai dibakar awal pagi Jumaat
Kata Noor Mushar, pihaknya percaya kejadian itu bermotifkan dendam namun enggan mengulas lanjut sama ada ia berkait dengan isu pemecatan imam, yang berkuat kuasa awal tahun ini.
Pada 6 Julai lalu, Mee Tomoi, 48 tahun, yang juga seorang peniaga baju telah ditahan di sebuah rumah di Kuala Ketil selepas beberapa bulan polis memburunya.
Hasil soal siasat polis, suspek mengaku terlibat dengan kes bakar kereta Mohd Asri bersama seorang lagi rakannya, yang telah ditangkap pada Mei lalu.
Dalam kejadian 22 Mac, kereta rasmi Mohd Asri, jenis Honda Accord rosak setelah disyaki dibakar pihak tertentu semasa diletakkan di kediamannya di Jalan Persiaran Wawasan di Kangar pada kira-kira 5.45 pagi.
Salim Aziz
Tue Jul 16 2019

Dalam kejadian 22 Mac, kereta rasmi Mohd Asri, jenis Honda Accord rosak setelah disyaki dibakar pihak tertentu semasa diletakkan di kediamannya. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Awalnya diupah untuk simbah asid ke muka Mufti Perlis tetapi...
Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, siasatan polis kini hanya terarah kepada pihak ketiga yang mengupah Mee Tomoi.

Tempoh reman suspek bakar kereta Mufti Perlis disambung
Suspek yang masih lagi melengkapkan proses siasatan, akan berdepan proses pertuduhan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan sejurus tamat tempoh reman.