PLUS Malaysia Berhad mengambil inisiatif tambahan bagi memastikan pengguna lebuh raya menikmati perjalanan yang lancar dan selesa pada musim cuti Tahun Baharu Cina, tidak lama lagi.
Antara langkah yang dirancang untuk dilaksanakan adalah membuka laluan kecemasan di dua laluan, bergantung kepada keadaan trafik.
Dua laluan terbabit adalah KM367 Slim River-Sungkai arah utara yang dijangka akan dibuka selama empat hari dari 1 hingga 4 Februari, dan KM 287 ke KM 289.95 Simpang Pulai-Gopeng arah Selatan yang akan dibuka selama dua hari iaitu 9 dan 10 Februari.
"Pihak kami sediakan trak tunda dan memastikan kehadiran pihak berkuasa di sepanjang dua laluan ini, supaya keadaan terkawal apabila berlakunya kecemasan.
"Pemerhatian khas diberikan dan jika berlakunya kecemasan, kami akan terus bertindak serta-merta dan menutup kembali laluan-laluan tersebut," kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.
Beliau ditemui pada majlis penghargaan dan taklimat PLUS sempena Tahun Baharu Cina di ibu negara, pada Khamis.
Turut diperkenalkan adalah aplikasi telefon pintar PLUS yang turut dilengkapi live feed untuk membolehkan pengguna melihat situasi terkini lebuh raya.
Pengguna sekali lagi diingatkan agar merujuk cadangan waktu perjalanan yang disediakan untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar di musim perayaan ini.
Madiha Abdullah
Fri Jan 25 2019
AZMAN: Pihak kami sediakan trak tunda dan memastikan kehadiran pihak berkuasa di sepanjang dua laluan ini, supaya keadaan terkawal apabila berlakunya kecemasan. -Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
KPDN Kelantan laksana pelan kontigensi banjir
Ia antara pelan kontigensi banjir KPDN bagi memastikan bekalan makanan asas mencukupi, mudah diperoleh, dijual pada harga yang ditetapkan.
Penduduk pulau di Tumpat dapat manfaat penyeragaman harga - KPDN
Azman Ismail berkata program itu bertujuan mengurangkan kos sara hidup penduduk di kawasan berkenaan.
Kes seludup diesel di Kelantan turun 95 peratus - KPDN
Penyeludupan diesel di negeri Kelantan menurun sebanyak 95 peratus sejak kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel.
Subsidi bersasar diesel : KPDN, PDCK pertingkat langkah elak ketirisan di sempadan
KPDN Kelantan dan Persatuan Pakatan Dealer-dealer Caltex Kelantan akan bekerjasama membanteras ketirisan subsidi di sempadan Malaysia-Thailand.
KPDN Kelantan pantau jualan kurma Israel
Bagaimanapun, pihak KPDN Kelantan belum menerima sebarang laporan atau aduan berhubung isu itu setakat ini.
Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.
PRK Simpang Jeram: BN-PH lancar gerakan besar-besaran dekati rakyat
UMNO Bahagian Bakri bertekad membantu calon Amanah yang akan bertanding, sekali gus memastikan mereka menang PRK tersebut.
Tak sempat seludup 1,814 kg minyak masak ke Thailand
Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan tersebut menemui kotak berisi minyak masak peket 1,814 kg.
KPDN laksana Op Terjah pantau harga di bazar Ramadan
KPDN Kelantan akan melakukan Op Terjah di bazar Ramadan bagi memantau peniaga yang menaikkan harga jualan secara tidak munasabah.
KPDN Kelantan rekod rampasan hampir RM5.7 juta kes barang kawalan
Jumlah kes tersebut melibatkan rampasan minyak masak paket bersubsidi, gula, tepung gandum, kenderaan, petrol dan diesel dengan nilai denda keseluruhan RM203,300.