Mayat kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang di Taman Rekreasi Lagun, Kuala Ibai, Terengganu, ditemui lemas.
Komander Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Abdullah Zawawi berkata, mayat mangsa ditemui pada jarak 300 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang oleh pasukan penyelamat.
"Mangsa lemas ditemui pada jam 4.48 petang,dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,'' ujar beliau.
Pada Khamis, ketika umat Islam masih lagi dalam suasana berhari raya, kegembiraan Aidilfitri sembilan sekeluarga bertukar tragedi selepas salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa, Muhammad Aidil Muhammad Razali, pelajar Tahun 3, dikatakan terjatuh selepas pasir yang dipijaknya runtuh sebelum dihanyutkan arus deras.
Semasa kejadian, mangsa sedang bermain bersama enam lagi adik beradiknya yang lain.
Nur Fazlizai Ali
Thu Jun 06 2019
Bapa kanak-kanak sembilan tahun, Muhammad Aidil Muhammad Razali menunjukkan tempat anaknya lemas di Taman Rekreasi Lagun, Kuala Ibai, Terengganu. Gambar Astro AWANI
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Suami, isteri hamil dan anak empat tahun maut dalam kemalangan
Suami meninggal dunia di Hospital Mersing, manakala isteri dan anak mereka berusia empat tahun maut di tempat kejadian
Budak sembilan tahun lemas ditemui
Pasir dipijak di Taman Rekreasi Lagun runtuh, budak sembilan tahun lemas di 2 Syawal ditemui pasukan penyelamat