MELAKA:Ibu kandung kepada kanak-kanak yang maut selepas dipercayai didera dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, di sini, pada Jumaat pernah mendapatkan rawatan pakar psikiatri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata suspek berusia 32 tahun itu bagaimanapun hanya mendapatkan rawatan biasa dan bukan disahkan sebagai pesakit mental.
“Ya suspek pernah mendapatkan rawatan, tetapi sudah lama iaitu pada tahun 2019 lalu.
“Rawatan itu diterima di Hospital Melaka dan hanya rawatan biasa yang mana wanita itu tidaklah (mental) seperti didakwa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Terdahulu Astro AWANI melaporkan pasangan suami isteri direman tujuh hari selepas dipercayai mendera kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun hingga meninggal dunia dalam kejadian di Taman Krubong Jaya petang kelmarin.
BACA: Kanak-kanak lemas dalam tong dipercayai didera, pasangan suami isteri direman
BACA: Kanak-kanak lemas dalam tong dipercayai didera ibu, ayah tiri
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Jumaat itu, pihak polis menerima panggilan daripada bapa tiri mangsa berusia 38 tahun yang anaknya lemas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumah berkenaan.
Siasatan polis bagaimanapun mendapati hasil pemeriksaan fizikal terhadap mayat mangsa menemui kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan.
Mayat kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Mengulas lanjut, Mohd Sukri menggesa masyarakat untuk menghentikan segala bentuk spekulasi yang boleh mengelirukan masyarakat selain mengganggu siasatan pihak berkuasa.
“Masyarakat sepatutnya menilai sesuatu kes jenayah menurut kaca mata keadilan sebenar dan bukannya membuat andaian dan spekulasi yang mencacatkan sistem keadilan jenayah dan seterusnya mendatangkan fitnah kepada sistem pentadbiran keadilan jenayah.
“Serah sahaja kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan polis akan memastikan siasatan tersebut dijalankan mengikut undang-undang serta kuasa-kuasa yang diberikan dengan telus, adil dan amanah,” tegasnya.
Sebelum ini, kisah kanak-kanak itu pernah tular pada Oktober tahun lalu apabila keluarga angkatnya yang menjaganya sejak bayi terpaksa menyerahkan semula kanak-kanak malang itu kepada ibu kandungnya.
Kisah itu dikongsikan menerusi satu klip video di laman Facebook yang menunjukkan ibu angkat dan keluarganya menangis teresak-esak ketika mendakap kanak-kanak lelaki yang mesra disapa sebagai "Adik" itu sebelum diserahkan kepada ibu kandungnya.
BACA: Ibu dan bapa tiri 'Adik' bukan panas baran - Ibu angkat kanak-kanak mati dipercayai didera
Shuhada Abdul Kadir
Sun Jan 31 2021
Mohd Sukri Kaman berkata suspek berusia 32 tahun itu bagaimanapun hanya mendapatkan rawatan biasa dan bukan disahkan sebagai pesakit mental. -Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Ibu kandung ditahan disyaki dera bayi 10 bulan
Polis menahan seorang suri rumah kerana dipercayai mendera anak kandungnya yang berusia 10 bulan sehingga mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan, di sini Khamis lalu.
Kanak-kanak 5 tahun maut disyaki didera ibu kandung
Pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati kecederaan di mulut, lebam di seluruh bahagian depan dan belakang badan kemungkinan akibat didera.
Budak maut dalam tong air: Ibu kandung pernah terima rawatan psikiatri - Polis
Suspek berusia 32 tahun itu bagaimanapun hanya mendapatkan rawatan biasa dan bukan disahkan sebagai pesakit mental.