MELAKA: Luluh hati seorang ibu apabila anak lelakinya yang dahulunya ceria dan aktif kini terpaksa menahan kesakitan akibat radang usus.
Suri rumah, Norhayati Ismail, 33, berkata, pada mulanya, anak sulungnya, Ahmad Afzal Aman,10, dikesan mengalami masalah apendiks pada Julai lalu selepas menerima rawatan di sebuah hospital swasta negeri ini.
Menurutnya, selepas menjalani pembedahan anaknya masih mengalami kesakitan yang sama iaitu sukar membuang air besar.
"Kemudian saya kembali ke hospital swasta itu dan doktor memaklumkan ia hanya proses pemulihan selepas menjalani pembedahan.
"Namun naluri sebagai ibu tetap rasa ada penyakit lain yang mungkin anak saya hidap sebelum membuat ujian darah dan beberapa ujian lain.
"Selepas itu, anak saya disahkan ada masalah berkaitan usus," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.
Norhayati berkata, selepas itu, anaknya dihantar mendapatkan rawatan daripada doktor pakar usus kanak-kanak di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, Selangor.
"Hasil pemeriksaan, doktor pakar berkenaan mendapati anak saya menghidap radang usus kronik dan terpaksa menjalani sekali lagi pembedahan.
"Hanya ALLAH sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu.
"Kini anak saya masih dirawat di hospital swasta berkenaan selepas menjalani pembedahan pada minggu lalu," katanya yang mengakui kos pembedahan anaknya itu ditanggung pihak insurans.
Bagaimanapun menurutnya, sampai bila harus menggunakan insurans berkenaan memandangkan doktor memaklumkan anaknya perlu mendapatkan rawatan susulan dua minggu sekali dan mengambil ubat dengan kos yang agak mahal.
Katanya, dengan pendapatan suami sebagai tentera sukar untuk menampung kos yang dianggarkan RM1,000 setiap kali mendapatkan rawatan.
Dalam pada itu, Norhayati berharap pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) dapat mempercepatkan proses permohonan anaknya untuk mendapatkan rawatan susulan dan ubat-ubatan.
"Sementara menunggu keputusan HKL, anak saya perlu dapatkan rawatan dan ubat di hospital swasta ini agar keadaannya semakin pulih.
"Saya juga berterima kasih kepada guru-guru termasuk guru di Sekolah Rendah Agama (SRA) Bertam Ulu yang membuat sumbangan untuk anak saya," katanya yang menetap di Taman Seri Bertam.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian di nombor akaun Maybank 154026825291 atas nama Norhayati Ismail.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 29 2021

Keadaan Ahmad Afzal yang masih lemah selepas menjalani pembedahan akibat sakit radang usus pada minggu lalu. -Foto Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Janna Nick makin pulih selepas alami masalah radang usus
Menerusi perkongsian di Instagram, dia memaklumkan sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Budak 10 tahun derita radang usus
Hasil pemeriksaan, doktor pakar berkenaan mendapati anak saya menghidap radang usus kronik dan terpaksa menjalani sekali lagi pembedahan.