PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menasihatkan pengguna agar membuat aduan kepada agensi itu sekiranya mereka merasakan wujud unsur penipuan dalam penjualan tiket konsert Coldplay.
KPDN dalam kenyataan hari ini berkata aduan rasmi perlu bagi membolehkan agensi itu menjalankan siasatan di bawah mana-mana akta yang dikuatkuasakan oleh KPDN atau lain-lain kementerian.
"...mereka wajar membuat aduan rasmi dengan mengemukakan bukti-bukti berkaitan," kata kementerian itu dalam kenyataan berkenaan.
Sementara itu, KPDN menasihatkan pengguna agar membuat pembelian bijak dengan mendapatkan tiket daripada saluran jualan rasmi dan sah ekoran isu penjualan semula tiket konsert hiburan Coldplay itu pada harga yang terlalu tinggi.
Sebelum ini tular di media sosial mengenai kewujudan akaun di pelbagai platform yang menjual tiket konsert Coldplay dikatakan dikendalikan oleh 'scammers', dan ada juga laporan mengenai tindakan menjual semula tiket konsert kumpulan itu pada harga amat tinggi, mencecah RM43,200 yang mengundang kecaman ramai.
Coldplay, kumpulan muzik terkemuka dunia, akan menjayakan konsert dalam siri jelajah Music Of The Spheres World Tour mereka di Malaysia pada 22 Nov ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023
KPDN menasihatkan pengguna agar membuat pembelian bijak dengan mendapatkan tiket daripada saluran jualan rasmi dan sah. - Foto Twitter/@livenationmy
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Buat aduan jika wujud unsur penipuan jualan tiket konsert Coldplay - KPDN
Aduan rasmi perlu bagi membolehkan agensi itu menjalankan siasatan di bawah mana-mana akta yang dikuatkuasakan oleh KPDN.
COVID-19: Khalid tunda konsert di beberapa negara Asia termasuk Malaysia
Perkara yang menjadi keutamaan adalah keselamatan para peminat Khalid dan pihak produksi serta kru yang bertugas di dalam konsert.