KUALA LUMPUR:Isu buang ubat dalam kalangan masyarakat di negara ini termasuk pesakit yang diberi ubat oleh hospital kerajaan mungkin bukan perkara baru, dan mungkin juga ianya masih berterusan.
Artikel ini antaranya menyentuh aspek sikap yang bukan sahaja menjurus kepada pembaziran tetapi juga isu perundangan, masalah kesihatan terutama penyakit tidak berjangkit yang wajar diberi perhatian serta kesan kepada alam sekitar akibat cara pelupusan ubat yang tidak tepat.
Kaedah pelupusan ubat-ubatan secara tidak tepat boleh mengundang kepada pencemaran alam sekitar termasuk sumber air untuk jangka masa panjang.
Ia bahkan berisiko mengancam hidupan akuatik di mana kebarangkalian kesan yang boleh berlaku mungkin tidak diduga.
Pensyarah Kanan Jabatan Sains Kimia yang juga ahli penyelidik di Pusat Penyelidikan dan Analisis Air (ALIR) Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Nurfaizah Abu Tahrim berkata walaupun sisa bahan farmaseutikal ini bukanlah satu-satunya penyebab kepada pencemaran alam sekitar, namun ia tidak boleh dipandang remeh.
"Terdapat juga 'laluan' lain bagi bahan farmaseutikal ini memasuki alam sekitar dan persekitaran akuatik antaranya melalui sisa kumuh manusia, efluen (sisa buangan) daripada hospital dan isi rumah serta melalui bahan kumuh haiwan.
"Sisa kumuh manusia dan haiwan hasil daripada penggunaan bahan farmaseutikal turut dikenal pasti sebagai punca pencemaran. Tidak semua ubat-ubatan yang diambil oleh manusia atau haiwan akan dicerna sepenuhnya di dalam badan. Sebagai contoh apabila sisa ubat keluar melalui najis, ia seterusnya akan disalurkan ke loji rawatan kumbahan untuk diproses," katanya kepada Bernama.
Mengulas lanjut Nurfaizah berkata secara amnya, ubat-ubatan yang masuk ke dalam badan manusia akan dikumuhkan pada kadar yang berbeza di mana akhirnya (secara langsung atau tidak) akan dialir dan diproses melalui sistem rawatan kumbahan sebelum disalurkan kembali ke sungai.
"Loji rawatan kumbahan dan rawatan air konvensional sedia ada tidak direka untuk mengurai ubat-ubatan berkenaan.
"Justeru, masih akan ada sisa ubat-ubatan dalam efluen air kumbahan yang tidak terurai yang akan dilepaskan ke dalam sumber air sungai sekaligus boleh memberi kesan kepada hidupan air," katanya.
Menurut beliau kehadiran bahan farmaseutikal sintetik dalam air kumbahan mula dilaporkan sekitar tahun 1970-an oleh kumpulan penyelidik dari Kansas, Amerika Syarikat.
Kumpulan penyelidik berkenaan berjaya mengesan chlorophenoxyisobutyrate dan salicylic acid yang merupakan metabolit kepada clofibrate dan aspirin.
Sejak daripada itu pelbagai jenis ubat-ubatan dan metabolit telah dikenal pasti dalam sampel persekitaran terutamanya di negara-negara barat.
Para penyelidik universiti tempatan juga tidak ketinggalan menjalankan kajian berhubung kehadiran ubat-ubatan dalam pelbagai sampel akuatik.
"Hasil kajian ke atas beberapa sampel air sungai di negara ini telah mengesan ubat-ubatan seperti acetaminophen, carbamazepine, gliclazide, metoprolol, nifedipine, prazosin dan simvastatin, namun ia hanyalah pada kepekatan yang rendah iaitu dalam julat bahagian per bilion (ppb) dan trilion (ppt).
"Masih tiada satu kaedah analisis piawaian yang boleh digunakan untuk mengesan kehadiran sisa ubat-ubatan dalam alam sekitar secara menyeluruh disebabkan kepelbagaian sifat kimia dan fizikalnya.
"Di samping itu, kebanyakan kaedah analisis yang dibangunkan oleh para penyelidik memberi tumpuan kepada kumpulan ubat-ubatan yang khusus," katanya sambil menambah antara ubat atau bahan farmaseutikal yang dijumpai dalam persekitaran akuatik adalah daripada kumpulan analgesik, anti-keradangan, anti-hipertensi, anti-epileptik, anti-diabetik, antibiotik dan juga hormon kontraseptif.
Turut berkongsi bahawa sejak beberapa dekad lepas laporan mengenai perubahan sifat hormon pada beberapa spesies hidupan akuatik semakin meningkat, beliau berkata pencemaran bahan kimia dianggap sebagai punca utama terjadinya perubahan hormon ini yang bertindak mengganggu fungsi endokrin sedia ada.
"Fenomena ini dikenali sebagai gangguan endokrin atau 'endocrin disruption'. Ia dikenal pasti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai isu global dan bahan kimia terlibat dikategorikan sebagai 'endocrine disrupting chemicals' (EDC).
"Hormon bersteriod sering dikaitkan dengan kejadian ini dan antara hasil kajian yang pernah dilaporkan oleh penyelidik luar termasuklah sifat betina yang terbentuk pada ikan jantan," jelasnya sambil menambah bukan semua sisa bahan farmaseutikal tergolong dalam kategori EDC dan masih tiada laporan yang mengaitkan kesan pencemaran ubat-ubatan dalam persekitaran ke atas kesihatan manusia.
Sementara itu, Aktivis Alam Sekitar yang juga Naib Presiden EcoKnights Amlir Ayat berkata kerajaan wajar merangka kaedah atau prosedur yang lebih praktikal bagi menguruskan sisa-sisa domestik dari rumah termasuk yang merangkumi bahan farmaseutikal yang boleh membahayakan kualiti kesihatan awam.
Pengabaian pengurusan bahan farmaseutikal dan sisa klinikal mengikut piawaian dan prosedur yang ditetapkan katanya bukan saja menyebabkan pencemaran air dan udara oleh sisa pepejal malahan lebih membahayakan ialah bahan-bahan kimia, patogen dan seumpamanya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Bagi mencapai tahap penglibatan masyarakat di setiap peringkat beliau berpendapat peranan media untuk mengetengahkan isu risiko-risiko pengurusan sisa produk farmaseutikal dan klinikal perlu dipertingkatkan.
"Begitu juga dengan kesedaran dalam kalangan pengendali pusat-pusat perubatan supaya mereka segera mendaftar dengan pihak berwajib bagi mengelak ancaman yang lebih besar kepada alam sekitar lebih-lebih lagi dengan kemungkinan pandemik COVID-19 akan berlarutan untuk tempoh masa yang lebih lama dan sukar diramal," katanya.
KESEDARAN, TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Ironinya, meskipun insiden pencemaran alam sekitar disebabkan ubat-ubatan tidak ketara berlaku berbanding pencemaran yang berpunca akibat pembuangan sisa bahan kimia yang lebih mudah dikesan melalui bau, perubahan warna dan lazim berlaku pada skala yang lebih besar dan kerap, pemantauan berterusan perlu terus dijalankan.
Ambil dan makanlah ubat mengikut arahan atau waktu yang ditetapkan pihak hospital atau klinik.
Hargai 'ubat percuma' yang diberikan dan pulangkan kembali ubat kepada pihak sewajarnya jika tidak digunakan supaya ia dapat diurus atau dilupus dengan kaedah yang betul, bersistematik dan paling penting mengikut piawaian yang ditetapkan.
Peranan, rasa tanggungjawab dan kesedaran masyarakat di samping peruntukan undang-undang mampu membendung gejala buang atau membazir ubat sekali gus menyumbang kepada kelestarian sumber air, udara dan alam sekitar daripada sebarang jenis pencemaran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 26 2021
Kerajaan disaran merangka kaedah atau prosedur yang lebih praktikal bagi menguruskan sisa-sisa domestik dari rumah. - Gambar hiasan
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Gaza kehabisan kebanyakan ubat untuk selamatkan nyawa ketika Israel sasar sektor perubatan
Gaza kini kehabisan kebanyakan ubat untuk menyelamatkan nyawa pesakit ketika Israel terus menyasarkan sektor perubatan Palestin.
Warga asing guna ubat 'tidurkan' kanak-kanak untuk mengemis
Perbuatan itu dipercayai bagi meraih simpati orang ramai sekali gus meningkatkan 'pendapatan' warga asing terbabit.
Loji oksigen tunggal di Gaza berisiko ditutup akibat kekurangan bahan api
Loji pengeluaran oksigen tunggal di Bandaraya Gaza berisiko ditutup dalam beberapa jam akibat kekurangan bahan api yang serius.
UAE, Mesir lakukan guguran udara bantuan kemanusiaan ke-9 di Gaza
Operasi bersama itu dilakukan dengan dua pesawat membawa 33 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan.
Sri Lanka jalankan siasatan terhadap kes kematian di hospital kerajaan
Beberapa kematian dilaporkan berlaku di hospital kerajaan yang didakwa berpunca daripada ubat yang tidak memenuhi piawaian kesihatan.
Ubat pertama dibangunkan AI mula diberikan kepada pesakit
Dos pertama ubat yang dibangunkan oleh kecerdasan buatan (AI) telah diserahkan kepada pesakit pertamanya.
Dasar Penyakit Jarang Jumpa perlu diwujudkan segera - Ras Adiba
Bilangan ubat-ubatan untuk penyakit jarang jumpa sedang meningkat dan semakin ramai pesakit berjuang untuk akses kepada ubat dan rawatan baharu.
WEF2023: Pfizer umum penjualan tanpa untung kepada negara miskin
Ini termasuk ubat luar paten, menjadikan jumlah keseluruhan produk yang ditawarkan kepada lebih 500 jenis.
Mangsa banjir, petugas PPS digalak ambil ubat cegah kencing tikus
Ubat berkenaan tidak berbahaya dan bekalannya boleh diperoleh daripada petugas kesihatan di PPS terlibat.
KKM tidak pernah memperakukan produk ganti ubat rawat diabetes
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah.