KUALA LUMPUR: Bekas Kaunselor Politik Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia Brian McFeeters kini dilantik menjadi duta, menggantikan Kamala Shirin Lakhdhir.
Dalam satu kenyaaan media hari ini, Kedutaan AS berkata, Mcfeeters pernah berkhidmat di negara ini selama tiga tahun, iaitu antara 2009 hingga 2011.
Beliau berkata, Presiden AS Joe Biden telah menzahirkan harapan agar negara itu dapat bekerja dengan erat bersama negara rakan, dalam usaha menangani pelbagai cabaran di peringkat global, seperti kesihatan awam, pemulihan ekonomi, pemerdagangan manusia dan perubahan iklim.
Dalam kenyataan tersebut, beliau dipetik sebagai berkata – “Ia merupakan sesuatu yang indah untuk dapat kembali ke negara ini. Ketika saya di sini sepuluh tahun lepas, saya berpeluang untuk melakukan kerjasama dengan ramai rakyat Malaysia yang begitu berbakat dan berdedikasi.
“Saya tidak sabar untuk bekerja dengan pasukan Kedutaan AS di sini, termasuk beberapa wakil dari Kerajaan Amerika Syarikat. Misi dan harapan kami ialah untuk memupuk hubungan lebih erat dengan rakyat serta Kerajaan Malaysia,” katanya lagi.
McFeeters berkata, beliau harap dapat menerajui Kedutaan AS untuk melihat kerjasama dalam keselamatan, mengukuhkan hubungan ekonomi dua hala untuk mewujudkan puluhan ribu peluang pekerjaan, serta mewujudkan masa hadapan lebih cerah untuk golongan muda.
Tambahnya lagi, kedua-dua negara mempunyai tanggungjawab yang berat untuk dilakukan bersama bagi menangani COVID-19.
“Saya berasa lega vaksin Pfizer telah tiba di Malaysia, dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah bermula,” katanya lagi.
Mengikut prosedur operasi standard (SOP), McFeeters yang tiba di negara ini pada Jumaat (26 Februari) hanya dibenarkan untuk melakukan pertemuan secara maya dengan pegawai dan pekerja Kedutaan AS kerana beliau perlu lalui tempoh kuarantin.
Firdaus Azil
Sat Feb 27 2021

Kedutaan AS berkata, McFeeters pernah berkhidmat di negara ini selama tiga tahun, iaitu antara 2009 hingga 2011. - Foto Kedutaan Amerika Syarikat
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

Duta AS ke Malaysia kagum kesiapsiagaan UNITEN terajui transisi tenaga negara
Malaysia mampu menerajui inisiatif tenaga bagi masa depan yang mampan demi generasi akan datang, menerusi kolaborasi dengan pelbagai pihak.

Duta AS ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia
McFeeters bersama kakitangan Pejabat Eksekutifnya menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dalam bahasa Melayu.

Rakyat Malaysia diseru mohon biasiswa Fulbright
Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Brian McFeeters menggesa lebih ramai rakyat Malaysia memohon biasiswa Fulbright.

AS salur RM1.1 juta dana AFCP kepada Malaysia sejak 2001
Dana tersebut bertujuan membantu penyelidikan dan pemuliharaan warisan budaya di negara ini.

Duta AS ucap tahniah kepada Malaysia sempena Hari Kebangsaan
Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Brian McFeeters pada Selasa mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2022.

Nancy Pelosi, delegasi dijangka tiba pagi ini di Malaysia
Ahli politik Demokrat berusia 82 tahun itu dijadual tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di antara jam 9 dan 9.30 pagi.

Belia, ahli akademik berperanan penting tangani radikalisme - Duta AS
Golongan belia dan ahli akademik memainkan peranan penting dalam usaha mencegah keganasan, memerangi radikalisme dan ekstremisme, kata Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian McFeeters.

AS berminat sokong peranan Pulau Pinang sebagai hab semikonduktor
Dalam lawatan dua hari itu, Duta Besar AS mengadakan pertemuan dengan komuniti perniagaan AS yang berkembang maju di Pulau Pinang.

Buruh paksa: Malaysia sedia jalin kerjasama strategik dengan AS
KSM sedia jalin kerjasama strategik dengan AS, dalam usaha menambah baik penguatkuasaan bagi meningkatkan jumlah sabitan kes buruh paksa.

Kenyataan Duta Besar AS bukan mewakili Amcham
Amcham telah menjalinkan dan terus menikmati hubungan kerja yang produktif dengan kerajaan Malaysia.