PUTRAJAYA: Malaysia sedia menjalinkan kerjasama strategik dengan Amerika Syarikat (AS), bagi menangani isu pemerdagangan orang khususnya buruh paksa, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan.
Dalam perbincangannya bersama Duta AS ke Malaysia Brian McFeeters pada Selasa, Saravanan berkata beliau telah menyatakan kesediaan Kementerian Sumber Manusia (KSM), untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan AS, dalam usaha menambah baik penguatkuasaan bagi meningkatkan jumlah sabitan kes buruh paksa.
Katanya, perbincangan dengan McFeeters semalam turut berkisarkan tentang penilaian tahunan 2021 Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS), mengenai pemerdagangan orang.
"Isu buruh paksa terutamanya membabitkan pekerja asing adalah satu isu yang menjadi keutamaan kepada kerajaan, susulan daripada laporan JNAS dan juga beberapa laporan dan kajian oleh pelbagai institusi antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.
Saravanan berkata bagi menangani isu buruh paksa, tidak hanya kerjasama merentasi pelbagai kementerian dan jabatan atau agensi kerajaan diperlukan, sebaliknya kerjasama dengan negara luar, pertubuhan antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat, juga adalah penting.
Dalam perbincangan itu Saravanan berkata, beliau juga memaklumkan kepada McFeeters mengenai inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kementeriannya, bagi menangani isu buruh paksa.
Antaranya termasuklah penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (AKta 265) dan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), di mana sepanjang tahun 2020 sehingga Jun 2021, sejumlah 194 kertas siasatan telah dibuka.
Beliau juga memaklumkan, KSM dengan kerjasama Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), sedang membangunkan satu Pelan Tindakan Nasional mengenai buruh paksa dan buruh kanak-kanak, yang dijangka dimuktamadkan serta dilancarkan pada suku keempat tahun ini.
Saravanan berkata, bagi memudahkan aduan membabitkan isu perburuhan, aplikasi mudah alih 'Working for Workers (WFW)' dengan 17 kategori aduan telah dilancarkan pada Mei tahun ini (2021), di mana sehingga 11 Julai sejumlah 5,675 aduan diterima melalui aplikasi itu, dan 4,105 daripadanya telah diambil tindakan oleh KSM.
Belia berkata, KSM sedang meneliti JNAS 2021 dan kajian Modern Slavery PEC bagi memperbaiki langkah-langkah sedia ada, serta memastikan terdapat pendekatan menyeluruh mengenai isu perburuhan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 13 2021
Saravanan berkata, Pelan Tindakan Nasional mengenai buruh paksa dan buruh kanak-kanak dijangka dimuktamadkan serta dilancarkan pada suku keempat tahun ini. - Gambar fail
Piala EFL: Selepas seri berdepan Manchester United, Liverpool dimalukan Tottenham
Gol pertama Bergvall hadir ketika perlawanan berbaki empat minit, dengan mereka bakal buat perhitungan sekali lagi pada aksi separuh akhir kedua.
Israel terus bantai Gaza, puluhan lagi nyawa syahid
Serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di sebuah rumah bertingkat di kawasan Sheikh Radwan di Gaza City.
Kerajaan kaji keperluan lesen media sosial untuk LinkedIn
Fahmi minta SKMM menilai sama ada LinkedIn mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia dan dikategori sebagai platform media sosial.
Pemotongan capex Petronas tidak jejas Swift Energy, pelbagaikan aliran pendapatan
Swift Energy telah mempelbagaikan aliran hasil dengan pergantungan seimbang pada minyak dan gas, minyak makan dan utiliti.
Kerajaan Selangor lantik Yazid Sairi, Venu Ramadass menuju Sukma 2026
Ia sebahagian proses awal untuk memastikan penganjuran temasya SUKMA XXII Selangor 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya..
Peniaga jual minyak masak peket kepada orang tertentu, sorok barang kawalan
Pemeriksaan lanjut menemui sebanyak 140kg minyak masak peket 1kg yang disimpan di stor simpanan barang.
#AWANIRingkas 9 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 9 Januari 2025
1️⃣ Malaysia sasar muktamadkan perjanjian DEFA
2️⃣ Polis Johor tubuhkan pasukan khas siasat pelaku
3️⃣ Dua maut akibat kebakaran
1️⃣ Malaysia sasar muktamadkan perjanjian DEFA
2️⃣ Polis Johor tubuhkan pasukan khas siasat pelaku
3️⃣ Dua maut akibat kebakaran
Hezbollah melemah, parlimen Lubnan pilih presiden baharu
Parlimen Lubnan akan cuba memilih presiden baharu pada Khamis, di tengah landskap politik yang bergolak.
AWANI Ringkas: Malaysia sasar muktamadkan perjanjian DEFA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kepala kanak-kanak tiga tahun tersepit tiang rumah
Tindakan pantas anggota pemadam kebakaran (Damkar), berjaya mengeluarkan kepala kanak-kanak itu dengan selamat.
MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.
Saravanan kekal sebagai Timbalan Presiden MIC buat kali kedua
Datuk Seri M. Saravanan mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding.
MIC adakan pemilihan presiden 12 April
MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini.
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak akan dipertanding pada Pemilihan MIC 2024
Perhimpunan Agung MIC ke-77 hari ini sebulat suara meluluskan dua resolusi termasuk tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada 2024.
Sayap parti pacu MIC hadapi cabaran politik semasa - Saravanan
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan yakin parti itu mampu mendepani cabaran politik semasa menerusi peranan dan sumbangan yang dimainkan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri.
'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.
Pasca PRU15: BN mohon tangguh menghadap Agong, kekal pendirian tidak sokong PH, PN
Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat pada Selasa memohon agar sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pagi Rabu, ditangguhkan.
Pasca PRU15: Sudah ada pilihan hati - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan memberi bayangan bahawa sudah ada pilihan hati dibuat berhubung gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
PRU15: Saingan 7 penjuru di Chenderiang, lagi mudah untuk BN menang - Saravanan
M Saravanan yakin akan berjaya mempertahankan kerusi itu yang dimenangi sejak 2008 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Bukan senang ambil hati golongan belia - Saravanan
Beliau berkata belia kini khususnya yang berumur 18 tahun ke atas amat matang dan mampu membezakan baik buruk sesuatu perkara.