SANDAKAN: Bot penambang, terutamanya yang beroperasi dari pulau berdekatan pusat bandar Sandakan, menjadi pengangkutan penting bagi memenuhi keperluan pengangkutan yang meningkat sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
Pengusaha bot itu Aziz Tiding, 48, berkata, para pengusaha bot penambang dari pulau berdekatan mula sibuk membawa penumpang sejak minggu lepas bagi melengkapkan persediaan menyambut Aidilfitri minggu ini, selain penduduk pulau yang membuat perjalanan harian ke pusat bandar untuk bekerja dan bersekolah.
"Kadang-kadang kami tidak menang tangan sehingga terpaksa menerima jumlah lebih daripada kapasiti bot, tetapi tambahan hingga tiga orang sahaja kerana kami tetap mengutamakan keselamatan, walaupun perjalanan hanya mengambil masa lima minit.
"Bagi memenuhi permintaan penumpang dan memelihara keselamatan setiap masa, kami (pengusaha bot penambang) akan berbaris untuk mengambil penumpang di jeti supaya perkhidmatan itu sentiasa ada dan masa penumpang menunggu bot seterusnya tidak terlalu lama," katanya kepada Bernama.
Aziz yang ditemui di jeti Pasar Umum Sandakan di sini berkata, beliau mengendalikan laluan di antara pusat bandar dan Pulau Tanjung Aru, serta akan mula beroperasi pukul 5.30 pagi hingga 6 petang dengan tambang ditetapkan pada RM3 sehala.
Sejak ramai penduduk pulau, khususnya daripada kalangan suri rumah, yang kerap ke pusat bandar untuk membeli-belah bagi persiapan menyambut Syawal, beliau bersyukur kerana penumpang sentiasa bermurah hati untuk membayar tambang tambahan bagi kerja memunggah pembelian secara pukal seperti karton minuman berperisa bersaiz 1.5 liter sebotol.
"Sebenarnya, kami (pengusaha bot penambang) biasa mengenakan caj RM1 bagi satu karton, tetapi ramai penumpang memberi bayaran lebih. Kata mereka kerana kami juga membantu mereka memunggah barang mereka ke atas bot," katanya.
Seorang suri rumah dari Pulau Tanjung Aru Jania Awang, 38, beliau bersyukur dengan kebaikan pengusaha bot penambang yang tidak berfikir panjang membantu penumpang membawa barang masuk ke dalam bot.
"Kebanyakan penumpang yang ke pusat bandar untuk berbelanja ialah suri rumah dan biasanya keluar berbelanja seorang diri. Jadi, saya bersyukur dengan mereka (pengusaha bot penambang) ini. Barangan dibeli bukan sedikit, lebih-lebih lagi mahu beraya," katanya.
Jania berkata, sambutan Aidilfitri bagi keluarganya tahun ini sederhana memandangkan kos kebanyakan barang semakin meningkat.
Bagaimanapun, beliau tidak teragak-agak untuk berbelanja lebih sedikit untuk tiga anaknya yang masih kecil dan berumur 10 tahun ke bawah, agar mereka mengenangkan sambutan Aidilfitri sebagai memori indah.
Sementara seorang lagi suri rumah, Rukiah Imam Ghulam, 28, dari Pulau Mumiang, beliau tidak menggunakan perkhidmatan bot penambang untuk ke pusat bandar, malah menumpang suaminya, seorang nelayan, yang mempunyai botnya sendiri.
"Kalau di pulau, siapa yang ada bot sendiri seperti orang di bandar yang ada kereta. Jadi, kali ini, saya ikut suami ke bandar. Kebetulan banyak yang perlu dibeli untuk persiapan Aidilfitri," katanya.
Menurut Rukiah, jika menggunakan bot penambang antara Pulau Mumiang dengan pusat bandar, harga tambang mahal iaitu RM25 sehala dan perjalanan mengambil masa kira-kira sejam, menyebabkan kebanyakan penduduk kampungnya akan ke pusat bandar hanya sekali sebulan untuk membeli keperluan harian.
Beliau memberitahu, selain keperluan biasa untuk sambutan Aidfitri seperti minuman dan makanan, kali ini beliau membeli kipas tambahan memandangkan cuaca sejak kebelakangan ini semakin panas hingga mencecah 34 darjah Celcius di Sandakan.
"Kalau di pulau lagi panas sebab di tengah laut. Susah juga kalau tiada kipas. Tidak meriah kita berhari raya kalau berpanas, walaupun sambutan ala kadar sahaja," tambahnya.
Meskipun tiada jumlah sebenar di Sandakan, bot penambang menjadi perkhidmatan pengangkutan penting dalam kalangan penduduk maritim di Sandakan dari pulau sekitar seperti Tanjung Aru, Tanjung Batu, Nunuyan, Berhala, Bongon, Lubukan, Mumiang dan Abai untuk ke pusat bandar Sandakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2023
Bot penambang menjadi perkhidmatan pengangkutan penting dalam kalangan penduduk maritim di Sandakan dari pulau sekitar untuk ke pusat bandar Sandakan. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.
Polis tahan lima lelaki warga Thailand tanpa dokumen perjalanan sah
Polis menahan lima lelaki warga Thailand yang cuba pulang ke negara asal mereka secara haram di pintu sempadan di sini, Isnin lepas.
Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
10 Berita Pilihan - (10 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 11 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dialog Anak Muda: Bukan Sekadar Menurut Tetapi Memimpin
Kepimpinan berasaskan idealisme, semangat untuk membawa perubahan dan keinginan menolak penyelewengan. Itu ciri keistimewaan pemimpin belia yang memenuhi keperluan rakyat. Dialog Anak Muda 8.30 malam.
Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
Bot penambang pengangkutan penting penduduk Sandakan sempena Aidilfitri
Pengusaha bot penambang mula sibuk membawa penumpang sejak minggu lepas bagi melengkapkan persediaan menyambut Aidilfitri.
Pengguna semakin kurang, kami sukar teruskan tradisi - Pengusaha bot penambang
Dengan terbinanya Jambatan Angkat, pengangkutan bot penambang didakwa semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.
KPLB sedia perkhidmatan bot penduduk di Pulau Tuba dan Dayang Bunting
Perkhidmatan bot itu dikendalikan Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba Dan Selat Berhad (KOPTUBAS) sejak pertengahan tahun lalu.
Lelaki ditahan cuba seludup bunga api ke Indonesia
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan sebuah bot penambang yang mencurigakan sedang menghala ke Sungai Nyamuk, Indonesia.
Sungai Golok semakin surut akibat cuaca panas di Kelantan
Jarak antara Malaysia dengan Thailand menjadi 'lebih dekat' berikutan sungai tersebut menjadi seperti parit dengan jarak kira-kira 4 meter.