PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melihat kemungkinan suntikan ketiga atau ‘booster shot’ vaksin khusus untuk menangani peningkatan jangkitan COVID-19 di Sarawak.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, beliau telah meminta jawatankuasa teknikal yang menasihati pemilihan vaksin, yang akan bermesyuarat minggu hadapan, untuk memberi cadangan kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Selain itu, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau sendiri akan pergi ke Sarawak pada minggu hadapan bagi membincangkan langkah untuk mengurangkan kadar transmisi jangkitan COVID-19 di negeri itu.
“Ketika ini kami tidak begitu pasti faktor yang menyebabkan peningkatan di Sarawak. Satu kemungkinan ialah penurunan keberkesanan vaksin selepas tempoh masa tertentu, yang kita lihat ada berlaku di beberapa negara lain,” katanya kepada sidang media di sini, hari ini.
Jelas Khairy, perbincangan akan diadakan dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bagi menentukan langkah seterusnya terutama setelah proses pemberian vaksin buat remaja di negeri itu selesai.
Biarpun Sarawak antara negeri yang mempunyai kadar vaksinasi populasi dewasa tertinggi, namun sejak beberapa hari lepas, ia mencatatkan lingkungan kes baharu sekitar angka 3,000 sehari.
Namun, data KKM menunjukkan 99 peratus kes baharu adalah tidak bergejala, atau mempunyai gejala yang ringan, dan hanya segelintir kes agak serius.
BACA: COVID-19: 99.87 peratus kes di Sarawak hari ini kategori satu dan dua
Khairy berkata, situasi yang berlaku di Sarawak, sekiranya tidak ditangani dengan betul, mempunyai kemungkinan untuk berlaku di negeri-negeri lain.
"Apa yang berlaku di Sarawak mungkin akan berlaku di negeri lain dalam masa beberapa bulan,” katanya.
“Jadi kita perlu melihat kaedah atau langkah yang bersesuaian untuk menghentikan kadar jangkitan yang tinggi, dan menggunakannya sebagai langkah untuk negeri-negeri lain di masa akan datang.
“Israel pada satu ketika telah mencatatkan sifar kes COVID-19, tetapi selepas lapan bulan, mereka mula menyaksikan peningkatan kes. Ini berkemungkinan akibat varian Delta, atau pembukaan ekonomi,” katanya lagi.
Khairy berkata, Sarawak sudah mengambil langkah proaktif dengan mula memberi vaksinasi kepada remaja lingkungan umur 12-17 tahun bermula Rabu.
Ini jelasnya lagi, akan meluaskan lagi kadar liputan vaksinasi untuk populasi di Sarawak. Tetapi pada masa sama, saringan dan pengasingan masih sangat penting untuk mengawal jangkitan di negeri tersebut,” katanya lagi.
Firdaus Azil, Nickyson Nyambar
Thu Sep 09 2021
!['Booster' mungkin diperlukan untuk kawal jangkitan COVID-19 di Sarawak - KJ 'Booster' mungkin diperlukan untuk kawal jangkitan COVID-19 di Sarawak - KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631185863_KhairyJamaluddi.jpg)
Menurut Khairy, perbincangan akan diadakan dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bagi menentukan langkah seterusnya terutama setelah proses pemberian vaksin buat remaja di negeri itu selesai.- Gambar BERNAMA
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41614005699_CoronaPc.jpg)
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
"Saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan."
![Menteri Kesihatan alami gejala renal colic Menteri Kesihatan alami gejala renal colic](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41614005699_CoronaPc.jpg)
Menteri Kesihatan alami gejala renal colic
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dirujuk kepada jabatan kecemasan pada Rabu kerana disyaki mengalami gejala renal colic.
![Tempoh menunggu rawatan kanser paling lewat sebulan, bergantung kesihatan pesakit Tempoh menunggu rawatan kanser paling lewat sebulan, bergantung kesihatan pesakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708155473_DzulkeflyAhmad.jpg)
Tempoh menunggu rawatan kanser paling lewat sebulan, bergantung kesihatan pesakit
Tempoh menunggu bagi rawatan kanser di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) sekurang-kurangnya mengambil masa paling lewat sebulan.
![ASIAN MEDTEC 2024 perkukuh reputasi Malaysia dalam teknologi, peranti perubatan ASIAN MEDTEC 2024 perkukuh reputasi Malaysia dalam teknologi, peranti perubatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707985590_TBDRDZULKEFLYAHM.jpg)
ASIAN MEDTEC 2024 perkukuh reputasi Malaysia dalam teknologi, peranti perubatan
ASIAN MEDTEC 2024 bakal memperkukuh reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan pengeluaran dan aktiviti rantaian bekalan peranti perubatan.
![Sidang Media Khas COVID-19 jam 4 petang ini Sidang Media Khas COVID-19 jam 4 petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702568939_TBDrDzuljpg.jpg)
Sidang Media Khas COVID-19 jam 4 petang ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan mengadakan Sidang Media Khas berhubung perkembangan COVID-19, jam 4 petang ini.
![Rombakan Kabinet: Dr Dzulkefly tekad teruskan agenda reformasi kesihatan Rombakan Kabinet: Dr Dzulkefly tekad teruskan agenda reformasi kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702373631_TBDZUL.jpg)
Rombakan Kabinet: Dr Dzulkefly tekad teruskan agenda reformasi kesihatan
Menurut Dr Dzulkefly, antara program tersebut termasuk transformasi digital kesihatan dan kewangan kesihatan.
![Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695110477_TBzaliha.jpg)
Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan
Sejak perkhidmatan modul MyMinda diperkenalkan pada 21 Okt menerusi aplikasi MySejahtera, sebanyak 17,300 saringan mental direkodkan.
![PRN: Calon digalakkan jalani ujian saringan kesihatan PRN: Calon digalakkan jalani ujian saringan kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689487994_ZalihaMustafa.jpg)
PRN: Calon digalakkan jalani ujian saringan kesihatan
Faktor kesihatan merupakan salah satu kriteria penting supaya mengelakkan Pilihan Raya Kecil diadakan pada masa-masa akan datang.
![COVID-19 bukan lagi 'kecemasan antarabangsa' - KKM COVID-19 bukan lagi 'kecemasan antarabangsa' - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81672620584_Covid.jpg)
COVID-19 bukan lagi 'kecemasan antarabangsa' - KKM
Perkara itu susulan daripada hasil mesyuarat Jawatankuasa Darurat Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabangsa pada 4 Mei lalu di Geneva.
!['Banyak keputusan sukar diambil ketika bersama Ismail Sabri' - KJ 'Banyak keputusan sukar diambil ketika bersama Ismail Sabri' - KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680357486_KHAIRYJ.jpg)
'Banyak keputusan sukar diambil ketika bersama Ismail Sabri' - KJ
Khairy berkata, berkhidmat di bawah Ismail Sabri dan memegang portfolio sebagai Menteri Kesihatan pada ketika itu merupakan satu episod yang tersendiri.