SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor merekodkan sebanyak 7,350 kejadian kebakaran di negeri itu sepanjang tahun lepas termasuk insiden pesawat terhempas di Elmina dekat sini.
Pengarahnya, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, angka itu merupakan peningkatan berbanding 6,294 kes yang direkodkan pada 2022.
"Insiden melibatkan kehilangan nyawa menunjukkan trend penurunan pada 2019 hingga 2021 iaitu 32 kepada 16 nyawa, bagaimanapun jumlah itu kembali meningkat tahun lepas...21 nyawa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Tahun Baharu Cina, di sini, pada Sabtu.
Wan Md Razali berkata, sepanjang musim perayaan kali ini, pihaknya mengerahkan 1,120 daripada hampir 1,600 anggotanya untuk bertugas sepanjang Tahun Baharu Cina minggu depan.
"Kita tetap memberikan mereka bercuti, hanya 30 peratus sahaja yang dibenarkan dan kita akan pastikan sekurang-kurangnya seramai 470 anggota dan pegawai bertugas setiap hari," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, hampir 50 peratus bangunan yang dikategorikan sebagai bangunan ditetapkan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) di Selangor tidak mempunyai perakuan bomba (FC).
"Sebenarnya di Selangor kita ada 1,844 bangunan yang dikategorikan sebagai bangunan ditetapkan dalam Akta 341 untuk mendapat FC dan pada 2023, sebanyak 980 sahaja mempunyai perakuan berbanding jumlah yang diwajibkan.
"Dalam tempoh sama, JBPM Selangor menerima 1,239 permohonan, 1,036 sedang dalam pemeriksaan dan 997 pula pengeluaran FC sedang diproses. Perakuan itu akan diberikan apabila memenuhi kehendak-kehendak kebombaan, kita akan keluarkan FC, itu mandatori," katanya.
Beliau berkata, tahun lepas sebanyak 99 premis telah didakwa di mahkamah berikutan tidak mematuhi kehendak kebombaan.
"Banyak kesalahan contohnya menghalang laluan keluar keselamatan, sistem pam tidak berfungsi dengan baik, lampu kecemasan, perubahan dilakukan di premis yang ditetapkan tanpa mendapat kelulusan daripada bomba dan sebagainya," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor merekodkan sebanyak 7,350 kejadian kebakaran di negeri itu sepanjang tahun lepas termasuk insiden pesawat terhempas di Elmina. - Gambar hiasan
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Dewan di Parlimen Korea Selatan terbakar, 500 dipindahkan
Kebakaran berlaku di sebuah dewan dalam kompleks Parlimen Korea Selatan di barat Seoul pada Sabtu, memaksa hampir 500 orang dipindahkan, lapor agensi berita Yonhap.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
Robot pemadam api Serai Generation 1 pemenang minggu kedua Innovathon
Robot pemadam api serba boleh digelar Serai Generation 1 (SG1) telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu kedua program Innovathon 2 yang disiarkan pada Sabtu.
Lelaki ditahan selepas keluarkan kata-kata kesat terhadap polis
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kes itu kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan dalam masa terdekat.
Jangan berani ambil risiko redah air banjir - Bomba
Nor Hisham berkata sikap terlalu yakin itu boleh mengundang pelbagai risiko termasuk kehilangan nyawa.
Bomba beku cuti 6,000 pegawai, anggota di lima negeri
Cuti kira-kira 6,000 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di lima negeri akan dibekukan sekiranya bencana banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) memburuk.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Bomba selamatkan tiga sekeluarga terperangkap dalam kebakaran
Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 2.58 pagi sebelum menggerakkan 15 anggota dari BBP Andalas ke lokasi.
JBPM jadual cuti secara bersasar hadapi MTL
Nor Hisham berkata pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada anggotanya di kawasan tertentu yang akan terlibat.
745 kawasan dikesan berisiko banjir di Johor, tertinggi pernah direkodkan - Bomba
Batu Pahat merupakan daerah dengan kawasan berisiko banjir paling banyak iaitu 186 kawasan.