ALOR SETAR: Sepasang suami isteri panik apabila bayi perempuan yang baru berusia 47 hari terperangkap di dalam kereta di hadapan rumah mereka di Lorong Sekolah Jalan Alor Merah, di sini, pada Isnin.
Dalam kejadian jam 2.10 petang itu, bayi perempuan terbabit dipercayai berada dalam keadaan hampir lemas apabila mukanya tertutup dengan topi yang dipakai.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pasukannya tiba di lokasi kejadian enam minit selepas menerima laporan.
“Ketika anggota tiba, bayi terbabit dalam keadaan separa lemas di mana bahagian muka ditutupi dengan topi yang dipakaikan di kepala.
“Anggota yang bimbang dengan keselamatannya melakukan tindakan pantas dengan membuka pintu hadapan di sebelah penumpang dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohamadul Ehsan berkata, anggota bomba mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan bayi terbabit yang berada di tempat duduk hadapan kereta.
Katanya, bayi itu diserahkan kepada ibu bapanya setelah disahkan berada dalam keadaan baik oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Rawatan Kecemasan (EMRS).
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jul 11 2022

Anggota bomba mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan bayi terbabit yang berada di tempat duduk hadapan kereta. - Gambar/ JBPM

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bomba selamat bayi hampir lemas dalam kereta
Bayi perempuan terbabit turut berada dalam keadaan hampir lemas apabila mukanya tertutup dengan topi yang dipakai.

Bayi 3 bulan terperangkap dalam kereta di Johor
Bomba mengambil masa kira-kira lima minit menggunakan alat khas bagi membuka pintu kereta bagi menyelamatkan bayi itu.