Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memberi fokus utama kepada pelaksanaan program keselamatan di air bagi meningkatkan kesedaran dan langkah pencegahan bagi mengurangkan jumlah kematian akibat lemas dalam air.
Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid berkata ini kerana berdasarkan statistik JBPM jumlah kematian lemas dalam air adalah lebih tinggi berbanding kematian akibat kebakaran sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata sepanjang tahun lepas, 297 kematian akibat lemas dalam air direkodkan di seluruh negara berbanding 165 orang terkorban dalam kebakaran, sementara dalam enam bulan pertama tahun ini jumlah lemas dalam air melibatkan 215 orang berbanding lima orang maut dalam kebakaran.
"Kebanyakan insiden lemas berlaku dalam tempoh tersebut adalah di sungai atau tali air, diikuti pantai, tasik atau lombong, air terjun jeram dan pembentung.
"JBPM adalah agensi terlibat dengan insiden lemas, apabila kita respons kita hanya angkat mayat dan jarang mangsa selamat. Jadi kita sebenarnya lebih tahu masalah keselamatan di air dan bagaimana mencegahnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Kebakaran Bomba Melaka di sini, pada Sabtu.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Soiman Jahid dan Pengarah JBPM Melaka Kamarulzaman Malik Abdullah.
Mengulas lanjut, Mohammad Hamdan berkata program kempen keselamatan di air akan menekankan dua elemen utama iaitu pendidikan dan penguatkuasaan bagi mencegah berlakunya insiden lemas.
Beliau berkata program tersebut juga akan melibatkan kerjasama pelbagai pihak antaranya pihak berkuasa tempatan, badan bukan kerajaan, pemain industri pelancongan dan agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran.
"Kita menghantar surat kepada Ketua Pengarah Pendidikan dan Unit Kurikulum agar beberapa modul berkaitan keselamatan di air dapat diwujudkan dan kita akan menggunakan Kadet Siswa Bomba di sekolah sebagai perantara untuk modul berkenaan.
"Penguatkuasaan lebih ketat atau tegas juga perlu dilaksanakan sekiranya makluman atau pencegahan awal tidak diikuti. Contohnya jika larangan mandi atau bermain di air diletakkan namun ia tidak dipatuhi maka tindakan undang-undang perlu dikenakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 04 2018

Sepanjang tahun lepas, 297 kematian akibat lemas dalam air direkodkan di seluruh negara berbanding 165 orang terkorban dalam kebakaran. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pindaan Akta Perkhidmatan Bomba dibentang di Parlimen pada Mac
Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 di dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada minggu akhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.

Rumah terbakar, meletup kena rumah jiran, sekolah
Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang musnah terbakar 60 peratus sebelum satu letupan berlaku dari rumah tersebut.

Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.

Empat maut dalam tiga kemalangan berasingan di Sarawak dalam tempoh 8 jam
Empat individu termasuk dua beranak maut selepas terlibat dalam kemalangan di tiga lokasi berbeza di Sarawak.

SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu
Seorang ketua balai bomba di Perlis direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu.

Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi
Sebanyak lima buah rumah hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussein Baru.

Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash musnah dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tengku Badrishah di Taman Klang Ria, Klang, petang semalam.

Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut.

Ancaman buaya cabaran laksana operasi bantu mangsa banjir di Sabah
Ancaman buaya menjadi antara cabaran besar buat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan anggota penyelamat lain di daerah ini dalam membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.

Di mana Muhammad Khairul?
Polis minta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, yang dilaporkan hilang sejak Rabu.