Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya tragedi kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini semalam mempunyai unsur jenayah.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata buat masa ini pihaknya sedang menyiasat dari sudut kecuaian serta teknikal dan siasatan dijangka mengambil masa dua hingga tiga minggu.
"Peringkat awal siasatan adalah mencari punca kebakaran dari pelbagai sudut termasuk mendapatkan rakaman percakapan daripada pemilik premis, mangsa yang terselamat dan saksi di tempat kejadian.
"Kalau ada melibatkan elemen jenayah dan sabotaj, pihak bomba akan serah laporan kepada PDRM untuk siasatan lanjut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: Kebakaran pusat tahfiz: Polis siasat unsur jenayah - TPM
Beliau berkata setakat ini pasukan forensik JBPM telahpun mendapatkan keterangan daripada pemilik premis serta beberapa mangsa selain saksi kejadian.
Mengulas lanjut, Wan Mohd Nor menyifatkan tragedi semalam adalah yang terburuk selepas tragedi Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Al-Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya di Kampung Padang Lumut, Yan, Kedah pada 22 Sept 1989 yang meragut 27 nyawa pelajar.
Dalam kejadian 5.15 pagi semalam, 21 pelajar lelaki berumur antara 11 dan 17 tahun serta dua guru yang juga warden tahfiz itu, maut selepas seluruh tingkat paling atas bangunan sekolah tiga tingkat tersebut dijilat api.
Siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur semalam mendapati kebakaran di pusat tahfiz itu tidak berpunca daripada litar pintas apabila siasatan mengesahkan litar elektrik pada suis utama bangunan tahfiz tersebut berkeadaan baik.
Sementara itu, ketibaan sepasukan anggota dan pegawai dari Unit Forensik Bukit Aman di perkarangan tahfiz itu kira-kira 10 pagi ini, menarik perhatian orang ramai dan wakil media yang berkumpul di kawasan tersebut bagi mendapatkan maklumat terkini kes berkenaan.
Difahamkan Unit Forensik Bukit Aman itu akan berganding bahu dengan Pasukan Forensik JBPM bagi menjalankan siasatan terhadap punca kebakaran tersebut.
Lokasi kebakaran juga terus dikunjungi orang ramai yang ingin melihat dengan lebih dekat kesan kebakaran tersebut.
Seorang daripada mereka, Abdul Rahim Saad, 72 dari Jitra, Kedah, berkata dia berasa terkesan dengan kes tersebut kerana pernah mendengar pelajar sekolah berkenaan mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran pada satu majlis yanag dihadirinya beberapa bulan lepas.
"Kebetulan saya sedang melawat anak saya di Taman Tun Hussein Onn, Cheras, jadi apabila saya dengar kejadian ini saya minta anak saya bawa ke sini.
"Saya berasa terkilan kerana mereka dijemput Allah pada usia masih muda, namun saya harap anggota keluarga reda menerima ketentuan Allah ini," kata pesara swasta berkenaan ketika ditemui pemberita.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2017

Wan Mohd Nor berkata buat masa ini pihaknya sedang menyiasat dari sudut kecuaian serta teknikal dan siasatan dijangka mengambil masa dua hingga tiga minggu. -Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Bomba akan bekerjasama dengan polis jika ada unsur jenayah - KP Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan bekerjasama dengan PDRM sekiranya tragedi kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini semalam mempunyai unsur jenayah.

Lebih 900 kes terperangkap dalam lif dari Januari - Jun 2017
Sebanyak 924 kes terperangkap dalam lif direkodkan di seluruh negara bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding 1,975 kes untuk tempoh sama pada tahun lepas.