KUALA LUMPUR: Cadangan untuk menaikkan kadar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) perlu dibuat terhadap syer majikan sahaja tanpa melibatkan kenaikan kadar kepada pekerja.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor berkata kesatuan itu bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk menaikkan caruman Perkeso, namun kenaikan perlulah diletak di atas tanggungjawab majikan.
"Pihak MTUC memandang serius perkara ini dan bersetuju dengan cadangan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan untuk menaikkan kadar caruman tetapi kami menyarankan agar kenaikan itu mestilah di bahagian caruman majikan, bukan caruman pekerja.
"Ini kerana melihat daripada situasi COVID-19, pihak kerajaan banyak menyalurkan bantuan kepada syarikat-syarikat untuk mengharungi permasalahan berlaku dalam urusan perniagaan sewaktu pandemik itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Beliau berkata di negara-negara maju seperti Singapura dan Australia, semua caruman perlindungan sosial pekerja adalah menjadi tanggungjawab majikan dan dibayar sepenuhnya oleh mereka.
"Di Malaysia pula, pekerja perlu membayar 0.05 peratus daripada gaji manakala syarikat membayar 1.25 peratus daripada gaji. Jadi kalau ada cadangan kenaikan, ia mestilah diletakkan di atas tanggungjawab syarikat untuk majikan membayar caruman yang lebih kepada pekerja mereka," katanya.
Abdul Halim turut menyarankan agar satu tabung sosial khas diwujudkan di bawah Perkeso untuk melindungi pekerja yang masih bekerja tetapi terlibat dalam bencana atau pandemik yang menyebabkan berlakunya kehilangan gaji.
Menurut beliau, ketika ini Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) hanya membantu mereka yang dibuang atau ditamatkan perkhidmatan sahaja.
"Kita kena fikirkan untuk mengadakan tabung bencana segera disebabkan masalah bencana negara... sama ada kita membesarkan skop caruman dalam SIP bagi memastikan pekerja mendapat perlindungan lebih baik," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata apa-apa jua cadangan mestilah dibuat pindaan oleh Kementerian Sumber Manusia setelah perkara itu dibincangkan dengan pihak majikan dan pekerja.
"Caruman itu adalah perkara yang termaktub di dalam Akta Perkeso 1969, jadi cadangan itu mesti dibawa kepada Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan untuk dijadikan kertas pindaan bagi akta tersebut," katanya.
Katanya, pada masa sama, selain Perkeso, semua caruman perlindungan sosial lain juga perlu dikaji semula agar memberi impak berkesan untuk melindungi pekerja ketika berlaku bencana yang menjejaskan ekonomi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 11 2021
Terdapat keperluan untuk menaikkan caruman Perkeso, namun kenaikan perlulah diletak di atas tanggungjawab majikan.
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
Tekanan di tempat kerja
Tekanan di tempat kerja
Boleh naikkan caruman Perkeso tetapi hanya syer majikan untuk pekerja - MTUC
MTUC bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk menaikkan caruman Perkeso, namun kenaikan perlulah diletak di atas tanggungjawab majikan.
Ismail tempelak pembangkang main sentimen politik berkaitan pemotongan KWSP
DAP mendakwa pemotongan itu hanya menguntungkan Kerajaan Persekutuan kerana meningkatkan hasil kutipan GST.