KUALA LUMPUR: Walaupun kritikan terhadap kerajaan adalah dibenarkan di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat had kepada kebebasan media, terutamanya berkaitan perkara sensitif seperti kaum, agama dan raja (3R).
Ketika ditemu bual penyampai Al Jazeera Sami Zeidan dalam program 'Talk To Al Jazeera' pada Ahad, Anwar berkata dalam melaksanakan kebebasan media, beliau tidak akan membenarkan tindakan yang boleh mencetuskan rusuhan atau membahayakan keselamatan awam.
"Tidak kisahlah sama ada kita diturunkan (kedudukan dalam indeks kebebasan media), tetapi apa yang penting ialah kritikan dibenarkan...isunya ialah apabila anda menyentuh isu 3R, mengutuk kaum, agama, mengajak dan menghasut melakukan rusuhan, kita tidak boleh ada perkara itu dalam negara kami," katanya.
Anwar berkata demikian mengulas mengenai kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia, yang menunjukkan kejatuhan signifikan 34 anak tangga daripada 73 ke 107 dalam tempoh setahun.
Namun Anwar berkata di bawah pentadbirannya, kerajaan tidak pernah menahan mana-mana wartawan atau mengharamkan mana-mana suratkhabar di negara ini kerana mengkritik kerajaan.
Mengenai dakwaan yang mengatakan penglibatan Yang di-Pertuan Agong dalam cadangan penubuhan kasino di Johor misalnya, Anwar berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak yang menyentuh institusi raja Melayu kerana ia boleh memberikan kesan signifikan terhadap sentimen orang ramai, yang berpotensi mewujudkan keadaan tidak baik.
"Pertamanya, kerana ia suatu fitnah dan keduanya, anda menyentuh Perlembagaan (Persekutuan)...Ia secara faktanya salah...tidak ada sebarang cadangan untuk membuka kasino baharu," katanya.
Sebelum ini, Anwar juga telah menafikan laporan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan lesen untuk sebuah kasino bagi memulihkan semula Forest City di Johor.
Ketika ditanya tentang kritikan mengenai usaha reformasi ekonomi dan demokrasi kerajaan yang dilihat perlahan selain penyiasatan kes rasuah berprofil tinggi sejak beliau memegang jawatan, Anwar berkata cubaan untuk membetulkan perkara yang telah berdekad-dekad berlaku dalam tempoh satu tahun setengah memegang jawatan, merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima.
"Kita telah melihat usaha yang sama sebelum ini, walaupun pada pengalaman Eropah Timur, di mana negara yang anda kenali, bersikap gung ho mengenai reformasi pantas yang mendatangkan bencana kepada ekonomi dan persediaan politik. Dalam kes kami, bertentangan dengan penerapan atau dakwaan oleh pihak pembangkang, perkara yang paling penting ialah tadbir urus.
"Apa yang kami berjaya lakukan adalah untuk memeriksa penyalahgunaan (kuasa) oleh pemimpin, anggota Kabinet daripada membazirkan kekayaan melalui rundingan terus, melalui tender berjumlah berbilion-bilion. Kami telah hentikannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Anwar berkata dalam melaksanakan kebebasan media, beliau tidak akan membenarkan tindakan yang boleh mencetuskan rusuhan atau membahayakan keselamatan awam. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Boleh kritik kerajaan tetapi ada had dalam isu 3R - PM Anwar
Anwar berkata dalam melaksanakan kebebasan media, beliau tidak akan membenarkan tindakan yang boleh mencetuskan rusuhan atau membahayakan keselamatan awam.