KUALA LUMPUR: Kempen boikot yang dijalankan ketika ini mesti bersandarkan kepada prinsip pemulauan yang jelas.


Ringkasan AI
  • Prinsip Pemulauan: Kempen boikot harus berdasarkan prinsip pemulauan yang jelas.
  • Hentikan Sumbangan: Boikot terhadap syarikat-syarikat yang menyokong Israel harus dihentikan setelah sumbangan kepada entiti zionis dihentikan.
  • Tekanan Ekonomi: Tekanan ekonomi terhadap syarikat yang membolehkan serangan Israel tidak dapat dibandingkan dengan pembunuhan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di Gaza dan Rafah.


Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Quran Sunnah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, boikot terhadap syarikat-syarikat yang menyokong Israel ini mesti dihentikan selepas sumbangan kepada entiti Zionis dihentikan.

“Tekanan yang diberikan adalah sehingga mereka (syarikat atau entiti terlibat) berhenti daripada memberikan sumbangan atau pelaburan kepada Zionis Israel. 

“Sekiranya mereka berhenti, maka pihak BDS menyatakan syarikat atau entiti tersebut akan dikeluarkan daripada senarai boikot. Itu berlaku. 

“Terbaharu syarikat Puma yang bersetuju untuk menghentikan tajaan kepada pasukan bola Israel. Selepas tajaan itu tidak disambung, maka (Puma) dikeluarkan daripada senarai boikot,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam progarm Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.

Boikot hanya sehingga syarikat hentikan sumbangan kepada Israel

Tambah Abu Hafiz, tekanan yang sama wajar diberikan kepada syarikat-syarikat dan entiti-entiti yang mengambil sikap tidak berpihak terhadap tindakan Israel ke atas Palestin.

Jelasnya, segala pembunuhan dalam kemusnahan yang dilakukan rejim Zionis tidak boleh dibandingkan dengan tekanan ekonomi yang diberikan terhadap syarikat yang membolehkan serangan Israel itu diteruskan.

“Kekerasan atau ketegasan itu tidak mungkin boleh dibandingkan dengan pembunuhan yang dihadapi oleh rakyat Palestin yang berlaku di Gaza dan Rafah,” katanya lagi.