Barisan Nasional (BN) memegang prinsip 'lawan tetap lawan' biarpun belum memuktamad calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata walaupun secara lazimnya kerusi DUN Kajang diperuntuk kepada MCA namun kuasa mutlak pemilihan calon terletak di tangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan akan diputus pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bakal diadakan dalam masa terdekat.
"Saya berpendirian bahawa jika BN putuskan untuk letakkan calon dalam PRK DUN Kajang dari parti mana sekalipun, terutama jika parti itu pernah meletakkan calonnya dalam PRU lalu di DUN itu, maka kita akan hormati keputusan tersebut.
"Dan sekiranya seseorang calon itu telah dimuktamad menjadi calon rasmi BN, pendirian saya secara peribadi 'lawan tetap lawan' kerana mana-mana parti yang meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kecil sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, tetap dianggap musuh politik BN," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional 2014 (PENA) peringkat negeri Selangor di Universiti Teknologi MARA Sabtu.
Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan, yang juga Ketua Penerangan Umno.
Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh dari DAP pada 27 Jan lepas dan sehari selepas itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diumum sebagai calon pada PRK berkenaan.
Bernama
Sun Feb 02 2014

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Fail
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

BN berdepan pembangkang diketuai Tun M - Mahdzir
Mahdzir berkata perkara itu juga bertentangan dengan prinsip kesetiaan, hormat menghormati dan kesepaduan dalam UMNO.

Pengajaran daripada PRK Teluk Intan
Datuk Mah Siew Keong berjaya membawa pulang kerusi parlimen yang ke 134 untuk BN, apa pengajaran yang kita dapat dari PRK kali ini?

TPM: Keputusan BN bertanding dalam dua PRK akan ditentukan PM
Keputusan BN untuk bertanding dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor dan Parlimen Teluk Intan akan ditentukan pengerusinya.

BN pegang prinsip 'lawan tetap lawan' - Zahid Hamidi
BN memegang prinsip 'lawan tetap lawan' biarpun belum memuktamad calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.

Yakin menang undian walau dalam pantang
Walaupun baru melahirkan anak, Nicole Wong Siaw Ting telah bertekad akan memenangi hati penduduk Seputeh, kawasan yang akan diwakilinya pada 5 Mei ini.

Semua pelajar sekolah mungkin dibekal komputer riba tahun hadapan
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan melihat bagaimana untuk membekalkan komputer riba kepada setiap pelajar sekolah di seluruh negara mulai tahun hadapan.

Najib perlu pastikan BN sepopular beliau - Kadir Jasin
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memastikan bahawa Barisan Nasional (BN) adalah sepopular beliau untuk memastikan kemenangan besar buat parti itu.

Spekulasi letak jawatan, Soi Lek pilih untuk diam diri
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memilih untuk berdiam diri berhubung spekulasi peletakan jawatannya.

Ceramah Anwar kecoh di Bukit Katil
Ceramah yang dihadiri ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecoh apabila berlaku insiden pergaduhan antara penyokong Pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN).