KUALA LUMPUR: Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dianjurkan pada Oktober setiap tahun adalah usaha menggalakkan orang ramai membudayakan amalan menabung.
Ketua Eksekutifnya, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, BMS 2022 itu juga selari dengan Sambutan Hari Tabungan Sedunia yang membawa tema ‘Blok’ serta mengekalkan tagline ‘Jom Jadi Superhero Anak Anda’.
Jelasnya, usaha itu juga bagi memberikan galakan serta dorongan untuk membudayakan penabungan dan perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi kepada Keluarga Malaysia.
“Bulan menabung Simpan SSPN, amat signifikan dengan Hari Tabungan Sedunia kerana kedua-duanya adalah bertujuan meningkatkan lagi literasi kewangan dan budaya penabungan yang perlu diterapkan dalam diri individu.
“Atas semangat ini, PTPTN memilih bulan Oktober untuk menganjurkan BMS pada setiap tahun bermula tahun 2018 dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang kita sediakan untuk menyemarakkan lagi Hari Tabungan Sedunia.
"Tahun ini merupakan tahun kelima PTPTN menganjurkan program ini untuk Keluarga Malaysia,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutup BMS 2022 dan Sambutan Hari Tabungan Sedunia pada Ahad.
Pada masa sama, Ahmad Dasuki turut berkongsi pelbagai keistimewaan dan manfaat bagi pendeposit yang membuat simpanan dalam Simpan SSPN dan menggalakkan orang ramai membuka akaun simpanan untuk tabungan masa depan anak-anak.
“Rebutlah segera peluang ini dengan menjadikan hari ini sebagai permulaan untuk membuat simpanan demi masa depan anak-anak anda,” katanya.
Di samping itu, Ahmad Dasuki berkata, bersempena dengan sambutan bulan menabung pada tahun ini, PTPTN turut melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu Program Junior Superhero Simpan SSPN Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022.
“Melalui program ini, PTPTN memberi sumbangan akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM100 kepada kelahiran bayi baharu bulan Oktober tahun 2022.
"Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk menanam budaya menabung dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penabungan serta perancangan kewangan sedari awal untuk jaminan masa hadapan bagi tujuan pendidikan tinggi melalui Simpan SSPN,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi PTPTN, Apli Yusoff berkata, dalam usaha memperkasakan budaya penabungan, PTPTN turut bekerjasama dengan institusi kewangan dan rakan-rakan strategik dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti sepanjang Oktober 2022 untuk meningkatkan kesedaran dan menyemai pengetahuan mengenai kewangan.
“PTPTN akan terus komited untuk meningkatkan lagi kesedaran masyarakat untuk terus menabung di dalam Simpan SSPN bagi mengelakkan kebergantungan kepada pinjaman. PTPTN yakin usaha ini akan disokong oleh semua pihak bagi merealisasikan visi PTPTN sebagai peneraju tabung pendidikan tinggi negara,” katanya.
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan semasa Majlis Penutup BMS 2022 termasuk perkongsian daripada selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin tentang manfaat membuat simpanan tabungan pendidikan anak-anak di Simpan SSPN.
Sepanjang program BMS 2022 berlangsung, PTPTN mensasarkan terimaan deposit Simpan SSPN berjumlah RM150 juta.
Bagi tempoh 1 sehingga 28 Oktober, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima adalah RM144 juta atau 96 peratus berbanding RM150 juta yang disasarkan.
*Ini adalah kandungan berbayar
Eton Khir
Sun Oct 30 2022
Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Penutup BMS 2022 dan Sambutan Hari Tabungan Sedunia.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
BMS 2022 terap amalan menabung
Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dianjurkan setiap tahun pada bulan Oktober.