KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan Program Bulan Menabung Simpan SSPN atau BMS 2021 bertemakan Galaksi dengan slogan ‘Jom Jadi Superhero Anak Anda’, pada Sabtu.
Pengerusinya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, program yang berlangsung sepanjang bulan Oktober itu bertujuan mempromosi dan membudayakan perancangan kewangan serta membuktikan manfaat penabungan untuk pendidikan tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ia juga selaras dengan Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun dalam menyemai semangat penabungan masyarakat seluruh dunia selain mengadaptasi perkhidmatan dan kemudahan platform digital meskipun masih dibelenggu pandemik COVID-19.
“PTPTN telah menyediakan kemudahan transaksi secara dalam talian termasuk pembukaan akaun Simpan SSPN dan penambahan deposit tanpa perlu hadir ke kaunter. Usaha ini juga bagi menggalakkan penabungan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pembukaan atau penambahan simpanan secara dalam talian adalah lebih cepat, mudah dan selamat dengan melayari www.lovesspn.com.
“Keutamaan saya ialah agar masyarakat di luar sana berpeluang menikmati pelbagai manfaat untuk tabungan pendidikan sekali gus menjadikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan isi rumah. Inilah Peluang Kejayaan Anda.”, katanya secara maya pada pelancaran BMS 2021.
Dalam pada itu, pelbagai program menarik boleh disertai ibu bapa dan anak-anak pada penganjuran kali ini.
Selain itu, PTPTN turut mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu Jelajah Simpan SSPN 2021 melalui sumbangan zakat berjumlah lebih RM500,000 dengan kerjasama pusat Zakat Negeri dan agensi kerajaan yang memanfaatkan lebih 5,000 penerima golongan asnaf di bawah PTPTN Prihatin.
Sementara itu, Simpan SSPN yang terdiri daripada Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus turut menawarkan pelbagai keistimewaan kepada rakyat Malaysia.
“Simpan SSPN Prime merupakan instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan yang memberikan keistimewaan seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000, perlindungan takaful secara percuma, dividen yang kompetitif, geran sepadan sehingga RM10,000 dan simpanan dijamin oleh kerajaan.
“Simpan SSPN Plus pula menawarkan enam pakej yang menarik dan mampu dimiliki. Pelbagai keistimewaan dan manfaat yang lebih menarik akan dinikmati oleh pendeposit antaranya perlindungan manfaat takaful sehingga RM1.2 juta dan perlindungan sehingga umur pendeposit 69 tahun selain menawarkan pelbagai manfaat sedia ada,” katanya.
Terdapat juga Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 yang menawarkan hadiah utama Gold Bar bernilai RM150,000 dan hadiah lain bernilai hampir RM320,000.
Tahun ini, PTPTN telah menyasarkan jumlah simpanan sebanyak RM1.8 billion dengan 400,000 akaun baharu.
Untuk rekod, sejak 2004 sehingga 31 Ogos lalu, sebanyak 5.1 juta akaun Simpan SSPN telah dibuka dengan deposit berjumlah RM9.45 bilion.
Ehsan A Marisah
Sat Oct 02 2021
![BMS 2021: Saran masyarakat Malaysia menabung untuk masa depan BMS 2021: Saran masyarakat Malaysia menabung untuk masa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633159017_wansaifulwanjan.jpg)
Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan pada pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021).
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300 PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697193376_PTPTN.jpg)
PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300
Kempen dua bulan bermula 1 Jun hingga 31 Julai ini terbuka kepada semua peminjam dengan tunggakan sama ada pinjaman konvensional atau ujrah.
![Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714014735_TBTerengganujpg.jpg)
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
![KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714004716_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
![Peminjam PTPTN diseru rebut peluang insentif diskaun bayaran balik Peminjam PTPTN diseru rebut peluang insentif diskaun bayaran balik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703315942_TBptptn.jpg)
Peminjam PTPTN diseru rebut peluang insentif diskaun bayaran balik
Bagi tempoh 14 Okt 2023 hingga 31 Jan 2024, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif dengan jumlah diskaun diberikan RM57.78 juta.
![PTPTN catat terimaan deposit RM17.39 bilion sehingga Disember 2023 PTPTN catat terimaan deposit RM17.39 bilion sehingga Disember 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703315942_TBptptn.jpg)
PTPTN catat terimaan deposit RM17.39 bilion sehingga Disember 2023
PTPTN melalui tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional mencatat terimaan deposit berjumlah RM17.39 bilion setakat Disember lepas.
![MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710040301_KhaledNordin.jpg)
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
![Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 tawar hadiah lebih RM1.3 juta Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 tawar hadiah lebih RM1.3 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706687884_TBCabutanWowjpg.jpg)
Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 tawar hadiah lebih RM1.3 juta
Kempen tahunan yang dianjurkan oleh PTPTN kali ini tampil dengan hadiah yang lebih lumayan dengan beberapa kategori dan siri cabutan menanti 983 pemenang.
![Penjenamaan semula PTPTN kukuhkan imej, kepercayaan masyarakat Penjenamaan semula PTPTN kukuhkan imej, kepercayaan masyarakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697282174_TBNorlizaAbdulRahim.jpg)
Penjenamaan semula PTPTN kukuhkan imej, kepercayaan masyarakat
PTPTN melaksanakan penjenamaan semula secara berperingkat sejak 2020 bertujuan memastikan identiti dan imej korporatnya terus disegani.
![PTPTN jangka dividen SSPN 2023 meningkat berbanding 2022 PTPTN jangka dividen SSPN 2023 meningkat berbanding 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703315942_TBptptn.jpg)
PTPTN jangka dividen SSPN 2023 meningkat berbanding 2022
PTPTN menjangkakan pemberian dividen Skim Simpanan SSPN (Simpan SSPN) bagi 2023 akan meningkat berbanding 2022.
![Isu PTPTN: Kerajaan perlu berhemah dalam perbelanjaan negara - PM Anwar Isu PTPTN: Kerajaan perlu berhemah dalam perbelanjaan negara - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703142669_TBUPSIjpg.jpg)
Isu PTPTN: Kerajaan perlu berhemah dalam perbelanjaan negara - PM Anwar
Anwar meminta Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu, Zambry Abdul Kadir untuk mengkaji cadangan tersebut, dan membawanya kepada MoF.