KUALA LUMPUR: Kerajaan melancarkan Blueprint Perumahan MINDEF 3.0 atau BP3.0 bagi menumpukan penyediaan baki keperluan 12,733 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) seluruh negara menerusi lima fasa bermula tahun 2023 hingga 2030.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam masa yang sama di bawah program selenggara dan naik taraf, sasaran 80 peratus daripada 7,292 unit RKMAT sedia ada akan dinaik taraf termasuk pengubahsuaian daripada dua unit kepada satu unit.
Di bawah program pemilikan rumah mampu milik juga katanya, di bawah projek SASaR sahaja sebanyak 3,500 unit sedang dibina di Sungai Besi dan dijangka siap pada tahun 2025.
Selain itu, sebanyak 6,400 unit di Kem Genting Klang dan 974 unit di Kem Wardieburn turut akan dibina di bawah Blueprint 3.0.
"Saya juga dimaklumkan bahawa 552 unit RKMAT lagi dijangka siap dan boleh diduduki selewat-lewatnya pertengahan dan penghujung tahun 2022 serta kira-kira 1,474 RKMAT telah diselenggara.
"Ia tidak termasuk pembinaan rumah mampu milik di bawah program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) dan inisiatif perumahan veteran. Alhamdulillah kita kini bergerak di landasan yang betul," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Dokumen Blueprint Perumahan 3.0 di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga jelasnya telah menyuarakan komitmen untuk menyediakan kuota khas kepada warga pertahanan termasuk veteran bagi setiap projek rumah mampu milik mereka.
Justeru di bawah program Inisiatif Perumahan Veteran ATM, sebanyak 1,700 unit akan dibina demi kesejahteraan veteran ATM di seluruh negara.
Dalam masa yang sama, beliau berkata lebih banyak rumah akan diselenggara dengan nisbah sasarannya satu unit baru dibina, empat unit akan dinaik taraf.
Sebanyak 100 buah rumah veteran disasarkan untuk dibaik pulih dan dibina baharu pada tahun ini.
"Sejak 1 Januari lalu, empat projek RKMAT telah disiapkan termasuk RKMAT Kem Segamat yang saya rasmikan pada 6 Mac lalu. RKMAT Kem Oran di Perlis, RKMAT Kem Pakit dan Kem Sri Miri di Sarawak dan RKMAT Kem Tok Jalai di Kedah, pula akan diduduki dalam masa terdekat.
"Semua projek RKMAT ini melibatkan 672 unit pelbagai kelas. RKMAT Kem Bera dan RKMAT Kem Tumbi pula bakal siap dalam masa terdekat," katanya lagi.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Jul 13 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Blueprint Perumahan MINDEF 3.0 hari ini. - Foto Astro AWANI
Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025
Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.
AWANI Ringkas: Tanah runtuh | Bencana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Banjir terburuk | Bantuan kemanusiaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup rendah, dipengaruhi kaunter utiliti, logistik
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang meningkat semasa jam terakhir dagangan, terutama di kaunter utiliti dan logistik.
Consider This: The Myanmar Crisis (Part 1) — Malaysia’s Priorities as ASEAN Chair
As Malaysia takes the helm of ASEAN in 2025, the Myanmar crisis will become a defining challenge for Malaysia’s chairmanship. The 5-Point Consensus has seen little success since its inception in 2021. With the humanitarian situation worsening and political dialogue at a standstill, many are questioning whether ASEAN’s traditional approach has run its course. Can Malaysia’s chairmanship deliver new solutions? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Moe Thuzar, Senior Fellow at ISEAS Yusof Ishak Institute in Singapore. She’s also the Coordinator of its Myanmar Studies Programme.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
AWANI Tonight 29 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Over 100,000 displaced, flood worsens in nine states
2. TikTok to ban teens from using beauty filters
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Over 100,000 displaced, flood worsens in nine states
2. TikTok to ban teens from using beauty filters
#AWANIEnglish #AWANINews
Ringgit ditutup tinggi, cerminkan trend serantau
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan terakhir bulan ini, mencerminkan pengukuhan beberapa mata wang serantau.
Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari
Peguam Loh iaitu A.Srimurugan mengesahkan tarikh itu kepada Bernama selepas pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Norazimin Kassim,
Semua agensi terlibat pengurusan banjir di Melaka dalam mod siap siaga
Semua agensi terlibat dalam pengurusan bencana di Melaka berada dalam mod bersiap siaga pada musim tengkujuh khususnya sepanjang Disember ini.
Blueprint Perumahan MINDEF 3.0 dilancar, sasar 12,733 RKMAT menjelang 2030
Kerajaan melancarkan Blueprint Perumahan MINDEF 3.0 atau BP3.0 bagi menumpukan penyediaan baki keperluan 12,733 unit RKMAT seluruh negara.