Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan penganjur yang gagal memberikan notis 10 hari kepada polis sebelum mengadakan perhimpunan kini boleh didakwa dan dihukum di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.
Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif berpendapat bahawa Seksyen 9(5) PAA adalah sah dan boleh dikuatkuasakan.
"Kami berpendapat bahawa Seksyen 9(5) adalah sah dan tidak melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," kata Md Raus yang bersidang bersama-sama dengan Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Zamani A. Rahim.
Beliau berkata mahkamah tidak dapat bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 April tahun lepas dalam kes Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang memutuskan Seksyen 9(5) PAA tidak berperlembagaan.
Oleh itu, katanya, panel terpaksa beralih daripada keputusan terdahulu itu.
Mahkamah membuat keputusan tersebut selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa raya terhadap keputusan membebaskan setiausaha eksekutif PKR Johor, R. Yuneswaran atas tuduhan menganjurkan perhimpunan 'Blackout 505' pada 2013.
Yuneswaran, 28, selaku penganjur, didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Baharu pada 26 Sept 2013, selepas didapati bersalah gagal memberikan notis sekurang-kurangnya 10 hari kepada Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan untuk perhimpunan tersebut.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat PKR di Jalan Beladau 19, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor, sekitar pukul 8.30 malam, 15 Mei 2013.
Bagaimanapun, pada 24 Ogos tahun lepas, dia dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Johor Baharu yang memutuskan bahawa ia terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Nik Nazmi yang mengisytiharkan Seksyen 9(5) PAA tidak berperlembagaan.
Mahkamah Tinggi juga menolak permohonan pendakwa raya untuk merujuk persoalan berkaitan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan.
Hari ini, Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Sesyen dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.
"Kami tidak mempunyai alasan untuk mengganggu hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen. Kami mengesahkan sabitan dan perintah mahkamah yang lebih rendah," kata Md Raus.
Yuneswaran membayar denda tersebut.
Di luar mahkamah, peguam R. Sivarasa, yang mewakili Yuneswaran, memberitahu pemberita bahawa dengan keputusan itu, penganjur kini boleh didakwa dan dihukum mengikut Seksyen 9(5) PAA jika gagal memberikan notis 10 hari kepada polis sebelum mengadakan perhimpunan.
Katanya, panel mahkamah juga tidak menjawab dua persoalan yang dibangkitkan oleh peguam semasa prosiding rayuan itu.
"Peguam dan orang awam akan keliru kerana terdapat dua set penghakiman yang bercanggah daripada mahkamah yang sama.
"Satu memutuskan ia tidak berperlembagaan dan satu lagi berkata ia berperlembagaan. Nak ikut yang mana satu?," katanya.
Bernama
Thu Oct 01 2015

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat PKR di Jalan Beladau 19, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor, sekitar pukul 8.30 malam, 15 Mei 2013. - Gambar Fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Blackout 505: Mahkamah putuskan Seksyen 9(5) PAA 2012 sah
Mahkamah Rayuan memutuskan penganjur yang gagal memberikan notis 10 hari kepada polis sebelum mengadakan perhimpunan kini boleh didakwa dan dihukum di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.