KOTA BHARU: Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di negeri ini.
Pengarah LPPKN Kelantan Zaharin Bakri berkata setakat April lepas, hanya 130 wanita tampil menjalani ujian saringan kanser pangkal rahim dan payu dara di klinik Nur Sejahtera LPPKN.
Beliau berkata angka itu sangat rendah berbanding negeri lain memandangkan terdapat kira-kira 500,000 golongan wanita di Kelantan yang mungkin berisiko mendapat penyakit berkenaan.
"Kebanyakan wanita Kelantan masih teragak-agak atau tidak cenderung melakukan saringan kanser kerana faktor itu, selain kurang cakna dengan perkhidmatan yang disediakan kerajaan kepada mereka sedangkan kanser payu dara dan pangkal rahim antara penyebab utama kematian wanita di negara ini," katanya.
Zaharin berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Kelantan Sempena Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita di sini pada Sabtu yang dirasmikan Tengku Puan Temenggung Kelantan Tunku Datuk Noor Hayati Tunku Abdul Rahman.
Beliau berkata LPPKN menyasarkan sejumlah 500 wanita tampil menjalani ujian saringan kanser tahun ini bagi membantu lebih ramai wanita mengesan penyakit itu dengan lebih awal.
Katanya, hanya 350 orang tampil mendapatkan perkhidmatan saringan berkenaan tahun lepas dan ia satu perkembangan yang tidak sihat.
"LPPKN Kelantan pernah mengesan wanita seawal 20-an mengalami kanser payu dara di negeri ini dan berjaya mendapatkan rawatan susulan kerana penyakit dapat dikesan pada peringkat awal.
"Kerajaan telah menyediakan Program Subsidi Ujian Mamogram semenjak 2007 untuk kemudahan wanita di negara ini mendapatkan saringan secara percuma. Kita harap wanita Kelantan dapat manfaatkan perkhidmatan ini dengan sewajarnya," katanya.
Zaharin turut menggesa kaum lelaki agar turut memainkan peranan aktif sebagai pendorong kepada isteri, ibu dan ahli keluarga wanita yang lain untuk tampil menjalani saringan demi kelangsungan dan kesejahteraan sesebuah keluarga.
Katanya, pihak LPPKN akan terus memperkasakan sebaran berhubung perkhidmatan berkenaan kepada rakyat di negeri ini termasuk menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agesi lain, selain kempen secara berterusan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024

Zaharin berkata setakat April lepas, hanya 130 wanita tampil menjalani ujian saringan kanser pangkal rahim dan payu dara di klinik Nur Sejahtera LPPKN. - Foto fail/BERNAMA

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI
Ujian saringan kanser payudara menggunakan AI bertujuan mempercepat diagnosis dan mengurangkan tekanan kepada pakar radiologi.

Polis tahan lelaki disyaki terlibat tiga kes pecah rumah
Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai terlibat tiga kes pecah rumah sekitar daerah ini semalam.

Geng Atan tumpas, empat ahli ditahan
Polis berjaya menumpaskan 'Geng Atan' yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan dengan penahanan empat lelaki tempatan dalam tiga serbuan berasingan.

Anggota polis wanita positif dadah, ditahan berhibur sambut tahun baharu
Seorang anggota polis wanita ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan dalam satu operasi khas Ops Hiburan sempena sambutan Ambang Tahun Baharu di Jalan Tun Razak, awal pagi Rabu.

Kes ganja: Reman pelawak dilanjut empat hari, rujuk pejabat pendakwaan
Lanjutan sehingga Sabtu itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting.

Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.

60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.

Warga asing ditahan kerana pukul pemandu e-panggilan selepas ditegur akibat muntah
Dua warga asing ditahan kerana disyaki memukul seorang pemandu e-panggilan selepas ditegur kerana termuntah di dalam kereta yang dinaiki mereka, dalam kejadian di Kampung Cheras Baru.

Tiga lelaki ditahan disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan terhadap kes penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah rumah di Batu 4, Port Dickson, dekat sini.

AADK guna 11 alat saringan dan penilaian
AADK menggunakan 11 alat saringan dan penilaian bagi menilai seseorang penagih atau penyalah guna dadah dan bahan terlarang justeru tidak tertumpu pada saringan air kencing semata-mata.