SHAH ALAM: Pakar kesihatan menzahirkan kebimbangan dengan kenyataan sesetengah pemimpin politik yang dilihat tidak menyokong Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok, termasuk ada yang meletakkan syarat sebelum menyokong.
Pakar Perunding Kesihatan Awam, Profesor Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, sebagai wakil di dalam Parlimen, wakil rakyat mempunyai tanggungjawab moral bagi menyokong RUU itu dan memastikan wakil parti di Parlimen mengundi menyokong RUU berkenaan.
Bagaimanapun, kenyataan yang dibuat beberapa pemimpin politik dilihat agak mengecewakan kerana mereka mempunyai kuasa untuk melindungi generasi Malaysia akan datang.
“Saya merasa amat terkilan dengan kenyataan retorik mereka yang tidak menyokong atau menzahirkan kebimbangan yang tidak berasas atau meletakkan syarat sebelum menyokong, yang sebahagian besarnya mengalunkan irama yang sama dengan nada yang disuarakan oleh pihak industri.
“Sebab itu saya terpanggil meminta parti dan pegawai parti untuk mengisytiharkan kepentingan mereka berkait dengan industri rokok dan vape.
“Jika wakil rakyat atau parti menerima sumbangan kewangan dari syarikat rokok atau vape, sewajarnya mereka mengisytiharkan kepentingan sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan dengannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Jelas Lokman Hakim, adalah menjadi tugas wakil rakyat dalam membuat dasar dan mereka harus memastikan pegawai dan kakitangan kerajaan memperincikan perlaksanaan dasar tersebut.
RUU ini katanya, digubal oleh pakar-pakar yang arif mengenai isu yang ditangani dan telah melalui proses-proses libat urus dengan pihak-pihak yang berkepentingan untuk tempoh yang cukup lama.
“Saya tidak berkesempatan melihat RUU ini diluluskan semasa saya berkhidmat dalam kerajaan, namun saya masih menaruh harapan ia akan menjadi kenyataan semasa hayat saya.
“Tangan-tangan pelbagai pakar telah menggubal RUU ini. Saya telah menggunakan tangan saya bagi menulis surat ini dan ahli Yang Berhormat mempunyai kuasa untuk menggunakan tangan di Parlimen bagi melindungi generasi Malaysia akan datang,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 24 2022
!['Bimbang ahli politik tidak sokong RUU Kawalan Tembakau dan Merokok' 'Bimbang ahli politik tidak sokong RUU Kawalan Tembakau dan Merokok'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658698672_DrLokmanHakimSula.jpg)
Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata kenyataan yang dibuat beberapa pemimpin politik dilihat agak mengecewakan kerana mereka mempunyai kuasa untuk melindungi generasi Malaysia akan datang. - Foto Sinar Harian
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Anwar minta RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen Anwar minta RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659371785_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar minta RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke Jawatakuasa Khas Pilihan Parlimen.
![Jawatankuasa Khas Parlimen sokong RUU Kawalan Tembakau, tapi syor GEG ditangguh tiga tahun Jawatankuasa Khas Parlimen sokong RUU Kawalan Tembakau, tapi syor GEG ditangguh tiga tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81622427959_MEROKOK.jpg)
Jawatankuasa Khas Parlimen sokong RUU Kawalan Tembakau, tapi syor GEG ditangguh tiga tahun
Ini bermakna GEG akan melibatkan individu yang dilahirkan selepas 2008.
!['Bimbang ahli politik tidak sokong RUU Kawalan Tembakau dan Merokok' 'Bimbang ahli politik tidak sokong RUU Kawalan Tembakau dan Merokok'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658698672_DrLokmanHakimSula.jpg)
'Bimbang ahli politik tidak sokong RUU Kawalan Tembakau dan Merokok'
Sebagai wakil di dalam Parlimen, wakil rakyat mempunyai tanggungjawab moral bagi menyokong RUU itu.
![RUU Kawalan Tembakau dan Merokok kompromi kepada realiti sebenar masyarakat RUU Kawalan Tembakau dan Merokok kompromi kepada realiti sebenar masyarakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645319925_KementerianKesihata.jpg)
RUU Kawalan Tembakau dan Merokok kompromi kepada realiti sebenar masyarakat
Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentang di parlimen disifatkan sebagai kompromi kepada situasi dan realiti sebenar yang dihadapi masyarakat Malaysia pada ketika ini.