GEORGE TOWN:Sebuah bilik di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini terbakar pagi Isnin.
Menurut Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 7.55 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Setiba di lokasi, didapati sebuah bilik yang berada di tingkat empat bangunan berkenaan terbakar 40 peratus.
"Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati api sedang marak, namun api berjaya dikawal sekitar jam 8.15 pagi tadi dan tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu."
"Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak dan pihak bomba juga masih menyiasat punca kebakaran berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.
Siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berlaku jam 7.50 pagi.
Tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.
A'Azelan berkata operasi pemadaman dilakukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, BBP Paya Terubong, dan BBP Lebuh Pantai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jan 25 2021
Bilik di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Timur Laut Pulau Pinang yang terbakar pagi tadi. -Foto JBPM
Pulau Sibuan kembali dibuka semula hari ini
Pulau Sibuan, Taman Marin Tun Sakaran di Semporna yang ditutup berikutan penemuan bom lama tinggalan Perang Dunia Kedua pada 7 Januari lalu akan dibuka semula hari ini.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
Mesir sedia jadi tuan rumah persidangan antarabangsa untuk pembinaan semua Gaza
Mesir menyatakan kesediaannya untuk menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa bagi pembinaan semula Semenanjung Gaza.
Politik Korea Selatan: Yoon Suk Yeol tidak hadir di mahkamah untuk pendakwaan
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan menangguhkan sesi pembukaan perbicaraan pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol pada Selasa, hanya beberapa minit selepas bermula, apabila Yoon tidak hadir ke mahkamah.
Kebakaran LA: Angin kuat Santa Ana boleh tingkatkan kebakaran hutan
Pasukan bomba pada Selasa berjaya mengawal dua kebakaran besar yang telah memusnahkan sebahagian kawasan Los Angeles selama seminggu.
Kekejaman zionis: Gencatan senjata Gaza hampir dimeterai
Rundingan antara pihak bertelagah di Gaza dan para perantara terus berjalan pada Selasa untuk memuktamadkan perincian perjanjian gencatan senjata selepas perbincangan maraton di Qatar.
Kekejaman zionis: Blinken bentang pelan pasca perang Gaza, serah kepada Trump
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, telah membentangkan rancangan untuk pengurusan Gaza selepas perang, pada Selasa.
China akan ambil tindakan lindungi kepentingan daripada sekatan AI AS
China dengan tegas menentang sekatan AS terhadap eksport AI dan akan mengambil tindakan tegas untuk melindungi hak sah syarikat China.
Perancis alu-alukan inisiatif baharu Malaysia di bawah kepengerusian ASEAN
Perancis mengalu-alukan kemajuan dan inisiatif baharu Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Sunway Property umum pelantikan Chung Soo Kiong sebagai Pengarah Urusan baharu
Sunway Property, cabang hartanah Sunway Group, mengumumkan pelantikan Chung Soo Kiong sebagai Pengarah Urusan baharu mereka.
116 pegawai, anggota IPD Timur Laut positif COVID-19 dalam tempoh seminggu
Soffian berkata mereka dijangkiti COVID-19 kategori satu dan dua serta sedang menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.
Polis siasat anggota enggan terima laporan kes cabul
Polis Daerah Timur Laut sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan seorang anggotanya enggan menerima laporan polis berhubung kes cabul, seperti yang tular di media sosial.
Bilik siasatan jenayah narkotik IPD Timur Laut terbakar
Sebuah bilik di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di Georgetown Pulau Pinang dilaporkan terbakar pada pagi Isnin.
PKP: Penuntut universiti gembira, bersyukur selamat tiba di kampung halaman
Sebaik tiba, semua pelajar berkenaan disaring Jabatan Kesihatan Negeri terlebih dahulu sebelum dibenarkan bertemu dengan waris yang menunggu di kawasan yang dikhaskan.