SANDAKAN: Bilangan mangsa banjir di Sabah menunjukkan trend peningkatan semula ekoran hujan lebat berterusan pada malam Isnin.
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, berkata seramai 1,376 mangsa banjir kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Sabah.
Menurutnya, daerah terjejas banjir turut bertambah daripada tiga kepada empat.
“Daerah terlibat iaitu Paitan menempatkan seramai 86 mangsa banjir, Pitas (1,152), Lahad Datu (43) dan yang terbaharu daerah Telupid (95).
“Jumlah mangsa banjir di Paitan dan Telupid juga dijangka akan meningkat.
“Manakala, bagi daerah Pitas dan Lahad Datu kekal seperti petang tadi," katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin malam.
Terdahulu, pada petang Isnin, hanya tiga buah daerah terjejas di Sabah dan lima PPS masih aktif.
Bagaimanapun, hujan lebat berterusan di daerah terlibat menyebabkan air melimpah semula sebelum pemindahan dijalankan.
Sementara itu, Bernama melaporkan, di PAHANG, keadaan banjir di Rompin semakin pulih apabila dua PPS ditutup petang tadi, menjadikan hanya satu PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Denai yang masih beroperasi bagi menempatkan 27 mangsa (lapan keluarga) malam ini.
Sekretariat JPBN Pahang melaporkan dua PPS yang ditutup pada 4 petang tadi ialah Kampung Setajam dan Balai Raya Kampung Jawa, yang menempatkan jumlah mangsa banjir terakhir masing-masing 171 dan 21 orang.
Manakala, paras Sungai Keratong di Rompin masih kekal melepasi paras bahaya.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir menurun kepada 2,113 orang setakat 8 malam ini berbanding 2,157 orang yang direkodkan pada 4 petang, susulan penutupan sebuah PPS.
JBPN Johor memaklumkan sebanyak 22 buah PPS masih beroperasi di daerah Batu Pahat, Mersing, Kota Tinggi dan Segamat.
Daerah Batu Pahat masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 854 orang, diikuti Mersing (823) orang, Kota Tinggi (344) dan Segamat (92), menurut kenyataan JBPN.
Mengikut ramalan cuaca, Kulai dan Kota Tinggi dijangka hujan malam ini, manakala lapan daerah lain dijangka mendung, sementara paras air Sungai Endau di Mersing pula masih merekodkan tahap bahaya dengan bacaan 2.5 meter.
Radhi Muslim
Mon Jan 30 2023
Hujan lebat berterusan di empat daerah terlibat menyebabkan air melimpah semula sebelum pemindahan dijalankan. - Gambar/ APM
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
40 peratus Ahli Dewan Rakyat baharu Britain diwakili wanita
Jumlah ahli parlimen wanita yang bakal menghiasi kerusi di dewan rakyat Britain mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum United Kingdom, UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
UK Memilih: Parlimen UK dihiasi lebih banyak kepelbagaian etnik
Perdana Menteri Britain yang baharu, Keir Starmer akan menyelia sebuah parlimen yang mempunyai lebih banyak pelbagai etnik dan lebih wanita berbanding sebelum ini selepas memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada Khamis, yang menamatkan pemerintahan Konservatif selama 14 tahun.
Pemilik bengkel dikenakan tindakan, gagal kemuka senarai harga baik pulih kenderaan
Tindakan itu adalah hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan setelah kenderaan tersebut selesai dibaiki.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
MCMC berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat PPS.
Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini
Lebih 5,000 murid dan 307 guru terjejas, melibatkan enam sekolah di Penampang, dua di Tuaran, masing-masing satu di Papar dan Sipitang.
Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan
Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga semalam.
Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air
Hampir kesemua fasiliti di kawasan ini terjejas teruk akibat banjir dan menyukarkan pasukan petugas untuk keluar memberikan bantuan.
Banjir kini landa Kota Kinabalu
Anggota APM daerah Kota Kinabalu telah digerakkan sehingga awal pagi ini untuk membantu menyelamatkan mangsa.