Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mendedahkan kepada umum bilakah sebenarnya parti itu mula mengesan salah laku yang didakwa dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana isu-isu itu bukan lagi masalah parti itu tetapi melibatkan kepentingan rakyat, kata aktivis sosial, Kua Kia Soong.
Beliau juga membangkitkan persoalan apakah Pakatan Rakyat dan PKR akan menutup semua dakwaan itu sekiranya Khalid berjaya disingkirkan daripada jawatannya sekarang.
Sambil menyifatkan isu ini sudah sampai ke peringkat "tidak ada patah balik", Kia Soong berkata "rakyat Malaysia tidak akan menerima tuduhan serius ini ditarik balik sekiranya Khalid letak jawatan kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Selangor dan seluruh negara."
Beliau membangkitkan persoalan-persoalan itu dalam satu kenyataan terbuka yang disiarkan oleh beberapa portal berita.
Penasihat Suaram yang juga bekas wakil rakyat DAP itu turut bertanya apakah dakwaan salah laku itu hanya diketahui selepas pilihan raya umum ke-13 kerana Khalid dilantik semula memegang jawatan itu selepas pilihan raya tersebut.
"Bagaimana Rafizi yang selalu membuat pendedahan terlepas semua dakwaan salah laku itu? Adakah Rafizi hanya membuat pendedahan yang berpilih?" tanya Kia Soong, merujuk kepada Ahli Parlimen Pandan yang juga Ketua Strategik PKR, Rafizi Ramli.
Rafizi sebelum ini membuat beberapa pendedahan mengenai dakwaan salah laku melibatkan pemimpin Barisan Nasional termasuk soal dana projek ternakan lembu, National Feedlot Corporation (NFCorp) yang dikaitkan dengan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Kia Soong juga bertanya apakah Naib Presiden PKR, Tian Chua tidak tahu tentang isu-isu itu atau apakah dia merasakan isu itu tidak serius kerana beliau dilaporkan mencadangkan Khalid boleh dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri sekiranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail jadi menteri besar.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pada Selasa menyerahkan kepada PAS sepucuk surat yang mendedahkan beberapa dakwaan yang menggariskan kenapa Khalid tidak lagi layak jadi menteri besar Selangor.
Khalid pada Isnin mencabar Saifuddin supaya mengemukakan tuduhan-tuduhan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan membuat laporan polis. Tegas Khalid, beliau sedia disiasat berhubung semua dakwaan itu.
Krisis melibat jawatan Menteri Besar Selangor ini mula hangat selepas PRU13 dimana, Abdul Khalid yang sebelum ini dianggap sebagai seorang pentadbir yang cekap mula didakwa banyak memberi masalah.
Abdul Khalid dikatakan banyak membuat keputusan tanpa merujuk kepada pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat dan ianya dikatakan lebih menguntungkan Barisan Nasional.
Mesyuarat Biro Politik PKR pada Januari lalu memutuskan supaya Abdul Khalid mengosongkan jawatannya sebagai menteri besar.
PKR kemudiannya menyusun strategi yang dinamakan sebagai 'Langkah Kajang' dengan dalam usaha untuk melantik menteri besar baharu.
Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR mendakwa 'Langkah Kajang' - yang pada asalnya meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon - merupakan strategi awal untuk menawan Putrajaya pada PRU14 akan datang.
Namun, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.
Keputusan itu membuatkan Anwar tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Kajang dan tempatnya diganti oleh isteri beliau yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
'Langkah Kajang' diteruskan dan Wan Azizah memenangi kerusi Dun itu tetapi Abdul Khalid tetap tidak melepaskan jawatannya.
Desakan demi desakan dibuat tetapi Abdul Khalid terus berdegil dan menyatakan beliau akan terus memegang jawatan tersebut hingga tamat penggal ini.
PKR akhirnya menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.
Namun hasrat PKR tidak mendapat sokongan PAS menerusi kenyataan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan pihaknya tetap mahukan Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Ketegasan Abdul Hadi itu mendapat sokongan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekaligus dilihat menyukarkan hasrat PKR.
PKR akhirnya menyediakan laporan setebal 24 halaman yang menyenaraikan enam alasan mengapa Abdul Khalid perlu disingkirkan.
Astro Awani
Tue Aug 05 2014
Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat PKR) perlu mendedahkan kepada umum bilakah sebenarnya parti itu mula mengesan salah laku yang didakwa dilakukan oleh Menteri Besar Selangor.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Perisik Korea Utara berpaling tadah
Seorang diplomat Korea Utara berprofil tinggi yang ditempatkan di Cuba dikenali sebagai Ri II Kyu, 52 tahun, berpaling tadah ke Korea Selatan.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
"Bila Pakatan Rakyat dan PKR tahu Khalid bermasalah?"
Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mendedahkan kepada umum bilakah sebenarnya parti itu mula mengesan salah laku yang didakwa dilakukan oleh Menteri Besar Selangor.