SEPANG: Bidang pengajian program Pembelajaran Berasaskan Pekerjaan (WBL) yang ditawarkan di politeknik akan diperbanyak bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang mendapat pendedahan langsung daripada pihak industri, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata pada masa ini, masing-masing tujuh bidang pengajian bagi ijazah sarjana muda dan diploma program WBL ditawarkan secara sepenuh masa di 11 politeknik antaranya kejuruteraan, hospitaliti, logistik, kulinari, kosmetik, keusahawanan dan penyelenggaraan kenderaan.
Antara politeknik yang menawarkan program WBL, katanya ialah Politeknik Ungku Omar di Perak; Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor; Politeknik Merlimau, Melaka; Politeknik Metro, Johor dan Politeknik Kota Kinabalu di Sabah.
"Kita nak perbanyakkan penawaran program WBL. Contohnya, kita tambah bidang perhotelan dan perbankan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Meja Bulat Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Penasihat Industri Politeknik (PIAC) di sini hari ini.
Program WBL yang diperkenalkan pada 2011 itu merupakan kaedah pembelajaran berasaskan kerja yang melibatkan kerjasama antara institusi pendidikan dan pemain industri dengan menggunakan pendekatan gabungan pembelajaran akademik dan pengalaman sebenar di tempat kerja.
Mohamed Khaled berkata bagi mencapai hasrat tersebut, kerjasama antara institusi pendidikan politeknik dan pemain industri akan diperkasakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Mohamed Khaled berkata bagi mencapai hasrat tersebut, kerjasama antara institusi pendidikan politeknik dan pemain industri akan diperkasakan. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Dua guru tadika minta dibicarakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 7 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 7 Januari 2025
1️⃣ Dua guru tadika minta dibicarakan
2️⃣ Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14 kilogram dadah
3️⃣ Enam pemeriksa kenderaan antara lapan ditahan SPRM
#awaniringkas
1️⃣ Dua guru tadika minta dibicarakan
2️⃣ Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14 kilogram dadah
3️⃣ Enam pemeriksa kenderaan antara lapan ditahan SPRM
#awaniringkas
Agenda AWANI: JS-SEZ: Kerjasama unik, saling untung
Bagaimana Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dapat mengubah dinamik ekonomi rentas sempadan dan apa mekanisme yang diperlukan untuk memastikan limpahan ekonomi yang berkesan dan kerjasama saling untung buat Malaysia dna Singapura? Diskusi 8.30 malam
Pulau Pinang berjaya tarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 yang dijangka mewujudkan lebih 6,600 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, perkhidmatan termaju
Kematian akibat nahas udara global meningkat kepada 334 pada 2024 - Persatuan Penerbangan Jerman
Jumlah kematian akibat nahas udara global meningkat mendadak pada 2024, dengan 334 orang terkorban dalam kemalangan membabitkan penerbangan awam.
Menjelang pendakwaan, tahap keselamatan penjara dipertingkat
Wakil Astro AWANI Kelantan turun padang masuk ke Narathiwat, Selatan Thailand bagi melihat pelbagai aspek dan sudut khususnya mengenai keselamatan penjara menjelang pendakwaan enam rakyat Malaysia yang ditahan kerana kes dadah dan bakal didakwa 14 Januari ini.
Bekas pramugara dan dua rakan dipenjara seumur hidup, edar, tanam ganja
Mereka didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 707.05 gram dan menanam pokok ganja, empat tahun lepas.
WFP kecam serangan Israel terhadap konvoinya di Gaza
Sebuah konvoi WFP jelas memaparkan logonya dan membawa lapan anggota ditembak tentera Israel berhampiran Wadi Gaza walaupun mendapat kelulusan awal.
Malaysia, Singapura terus berbincang, cari solusi holistik - PM
Anwar berkata, kerumitan isu-isu tersebut menuntut pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif untuk menanganinya.
AI bakal pengaruhi 30 peratus pekerjaan di Malaysia dalam 10 tahun
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menjelaskan, lebih 30 peratus pekerjaan di Malaysia akan dipengaruhi kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Bidang pengajian program WBL diperbanyak - Mohamed Khaled
Ia bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang mendapat pendedahan langsung daripada pihak industri.