KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menitahkan agar semua pihak bersama-sama mencari jalan memulihkan negara akibat kesulitan COVID-19.
Berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Kebangsaan ke-59 pada Rabu, Seri Paduka turut bertitah agar kualiti hidup kaum wanita, keluarga serta masyarakat sekeliling terus dipertingkatkan.
"Saya berharap masalah dari segi menjana pendapatan, menjamin kesihatan fizikal dan mental, menjaga keselamatan dan mengukuhkan perpaduan dapat diberi perhatian.
"Marilah mencari jalan yang terbaik termasuk penggunaan teknologi untuk meningkatkan mutu kehidupan," titah Seri Paduka, hari ini.
Seri Paduka bertitah demikian pada majlis anjuran bersama Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), secara dalam talian, pada Rabu.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lalu, Seri Paduka bertitah ramai wanita dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah bersama-sama memberi sumbangan dalam membanteras pandemik COVID-19.
Bantuan disalurkan dalam pelbagai bentuk termasuk khidmat kaunseling dan golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta kanak-kanak, titah Tunku Azizah lagi.
Sehubungan itu, Tunku Azizah menzahirkan penghargaan kepada NGO dan barisan petugas hadapan wanita yang bertungkus lumus membantu kerajaan.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengenang jasa pekerja wanita khususnya yang berada barisan hadapan terutama para jururawat, doktor, polis dan lain-lain, yang telah menjadi benteng negara dalam memutuskan rangkaian wabak ini dengan penuh ikhlas, amanah, kesungguhan dan semangat juang," titah Seri Paduka lagi.
Hasimi Muhamad
Wed Aug 25 2021
Berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Kebangsaan ke-59 pada Rabu, Seri Paduka bertitah agar kualiti hidup kaum wanita, keluarga serta masyarakat sekeliling ditingkatkan - Gambar Facebook
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Bersama pulihkan negara, tingkatkan kualiti hidup wanita dan masyarakat - Tunku Azizah
Seri Paduka bertitah demikian pada Majlis Sambutan Hari Wanita Kebangsaan ke-59.