JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dan wanita berpura-pura mahu membeli sebuah kereta dari sebuah kedai terpakai di Taman Melodies di sini sebelum melarikan kenderaan itu dalam kejadian pada Jumaat.
Namun tidak sampai 24 jam, kedua-dua suspek berusia 20-an itu berjaya diberkas di Taman Berjaya, Simpang Renggam, Kluang.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pada mulanya jurujual berkenaan membuat laporan polis kehilangan kereta itu dan tidak memberitahu cerita sebenar.
"Semasa disoal siasat Bahagian Siasatan Jenayah mendapatinya membuat laporan palsu, kereta itu sebenarnya dilarikan pasangan itu yang berpura-pura menjadi pelanggan.
"Bertindak atas maklumat pada jam 10 pagi Sabtu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah D4 Johor Bahru Selatan dibantu Balai Polis Simpang Renggam membuat serbuan di sebuah rumah di taman tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurutnya, menerusi serbuan itu pihak polis berjaya menahan kedua-dua suspek dan merampas kereta yang dilaporkan hilang.
"Semakan mendapati kedua-duanya mempunyai rekod jenayah lampau dan masih dikehendaki polis. Kedua-duanya ditahan direman selama empat hari bermula 11 hingga 14 Julai bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara satu hingga tujuh tahun dan denda," katanya.
Mohd Padzli berkata, jurujual yang membuat laporan palsu itu pula disiasat di bawah 379A/182 Kanun Keseksaan dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
"Jika sabit kesalahan boleh dipenjara enam bulan, denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Berpura-pura jadi pelanggan sebelum larikan kereta
Sinar Harian
Mon Jul 12 2021
Sebuah kereta Honda yang dilarikan dua suspek berjaya ditemukan semula selepas polis menyerbu di sebuah rumah di Taman Berjaya, Simpang Renggam, Kluang pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berpura-pura jadi pelanggan sebelum larikan kereta
Tidak sampai 24 jam, kedua-dua suspek berusia 20-an itu berjaya diberkas di Taman Berjaya, Simpang Renggam, Kluang.