BACHOK: Ingin berkongsi rezeki selain memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba keenakan nasi ayam membuatkan seorang peniaga di Kampung Bukit Marak di sini, menawarkan hidangan itu dengan harga RM1.90 sahaja.
Wan Roslina Roslan, 43, berkata harga rendah itu ditawarkan kerana prihatin dengan nasib penduduk yang terkesan akibat pandemik COVID-19 serta tidak mahu membebankan pelanggan jika hidangan berkenaan dijual pada harga lebih tinggi.
Yakin pada ungkapan 'rezeki tidak pernah salah alamat', Wan Roslina yang sebelum ini bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran mengambil inisiatif berniaga nasi ayam itu di hadapan rumahnya, selepas hilang punca pendapatan disebabkan pandemik COVID-19.
"Sebelum ini saya bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Bukit Marak. Bagaimanapun, sejak tahun lepas saya mula hilang punca pendapatan selepas restoran milik majikan saya terpaksa gulung tikar.
"Enggan meneruskan hidup tanpa sebarang pendapatan saya mula mengambil inisiatif berniaga nasi ayam yang lengkap termasuk hirisan timun, tomato dan juga salad dengan hanya berharga RM1.90 sejak Oktober tahun lepas," katanya ketika ditemui Bernama di kedainya di sini.
Bercerita lanjut, ibu kepada empat orang anak itu berkata hampir setiap hari suaminya Seli @ Rosli Salleh, 45, membantunya mendapatkan bekalan ayam mentah sekitar 15 ekor sehari untuk memenuhi permintaan pelanggan di kedainya.
Wan Roslina mengakui turut terkesan apabila harga ayam mentah naik secara mendadak sejak sebulan lepas hingga mencecah RM10 sekilogram.
"Jika diikutkan, modal yang diperuntukkan untuk ayam mentah sahaja sudah banyak, namun saya percaya kepada rezeki Allah, walaupun hanya memperoleh keuntungan sedikit namun sekurang-kurangnya berpuas hati kerana niat berniaga sambil bersedekah," katanya yang beroperasi setiap hari kecuali Jumaat.
Menurutnya, hidangan nasi ayamnya itu turut mendapat perhatian pelanggan di luar Kelantan, termasuk Kuala Lumpur, Johor dan Terengganu untuk menempah bagi infak kepada asnaf di sekitar negeri ini.
Katanya, nasi ayam itu juga tular di media sosial Tiktok selepas dimuat naik oleh anak sulungnya Mohd Rais Afhan, 20, hingga meraih hampir 500,000 tontonan.
"Selepas tular, tempahan nasi ayam saya juga bertambah selain ada juga pelanggan saya menempah secara dalam talian yang meminta saya mengagihkan nasi ayam berkenaan kepada rumah anak yatim dan juga asnaf.
"Pelanggan mempunyai dua pilihan hidangan nasi ayam iaitu nasi ayam biasa yang dijual pada harga RM1.90, dan nasi ayam 'special' (istimewa) iaitu nasi dengan potongan ayam lebih berharga RM3.50. Namun, kebiasaannya untuk berinfaq saya akan mencadangkan supaya mengambil yang 'special'," katanya.
Seorang pelanggan Mohd Ikhwan Danial Afrizal, 23, dari Kampung Pauh Lima berkata walaupun nasi ayam dijual oleh Wan Roslina pada harga murah namun kualiti dan rasa hidangan itu ibarat setaraf nasi ayam yang biasa dijual pada harga RM5 hingga RM7 di kedai-kedai lain.
"Setakat ini saya tidak pernah jumpa peniaga yang mampu menawarkan hidangan nasi ayam lengkap termasuk sup, kicap, sambal dan sebagainya dengan harga sebegini. Sekurang-kurangnya dengan hidangan ini pelanggan tidak berkemampuan mampu menikmati nasi ayam yang sedap," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 04 2021

Wan Roslina mengakui turut terkesan apabila harga ayam mentah naik secara mendadak sejak sebulan lepas hingga mencecah RM10 sekilogram. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.