Penglibatan jenayah dalam kalangan pelajar semakin hari semakin membimbangkan.
Penganalisis jenayah Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, perlakuan mencuri secara kecil-kecilan sewaktu kanak-kanak boleh menyebabkan seseorang individu itu terjerumus dalam jenayah lebih ekstrem.
Katanya, jenayah kecil seperti mencuri duit dan barangan dari rakan sekolah merupakan punca pelajar terlibat dengan jenayah lebih serius pada masa akan datang.
“Jenayah ini bermula di usia muda. Mereka bermula secara kecil-kecilan kemudian berani untuk mencuri duit dan barangan lain.
"Pada mulanya mereka memberi alasan hanya suka-suka, tetapi apabila ia menjadi kebiasaan, perlakuan jenayah akan mula merebak," kata Shahul Hamid kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Sabtu.
Menurutnya, baik datang dari golongan berada mahu pun kurang berada, ada juga pelaku yang terlibat jenayah atas faktor mahu bersaing dengan rakan.
BACA: 10 pelajar asrama akhlak di Pokok Sena meloloskan diri
“Sebagai contoh, bermula daripada menghisap rokok, mereka juga berjinak-jinak kepada salah laku lain seperti menghidu gam dan menghisap dadah.
"Rokok dan dadah kini semakin banyak dijual dan mereka juga memerlukan wang untuk mendapatkannya.
"Jadi, jenayah boleh menjadi lebih besar dan penglibatan pun semakin banyak,” katanya, sambil menambah, senario tersebut boleh berlaku di dalam dan juga di luar kawasan sekolah.
BACA: Pelajar Tingkatan Empat ditangkap kes curi motosikal
Bercakap ketika dihubungi di sini pada Sabtu, Shahul Hamid berkata, pengaruh rakan sebaya yang mengajak mereka melakukan jenayah juga menjadi punca kepada pelajar terlibat dengan jenayah ekstrem.
Dalam pada itu, katanya, ibu bapa perlu dimaklumkan sekiranya anak mereka terlibat dengan salah laku jenayah serta memastikan anak mereka diberi hukuman setimpal sebagai pengajaran.
BACA: Ponteng sekolah catat rekod tertinggi salah laku disiplin 2017
Pada Jumaat, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pelajar sekolah kini tidak hanya terlibat dengan kegiatan ponteng sekolah, vandalisme dan buli tetapi turut berjinak-jinak dengan jenayah yang lebih ekstrem.
Menurutnya, pembabitan pelajar dalam aktiviti jual beli dadah, salah laku seks, membunuh, menyertai kumpulan kongsi gelap dan militan antara jenayah pernah dicatatkan dalam jurnal juvana.
BACA: KDN minta sekolah tidak sembunyi jenayah libatkan pelajar
Katanya, berdasarkan statistik narkotik, 467 tangkapan melibatkan pelajar sekolah dibuat pada tahun 2017 dan angka tersebut meningkat kepada 577 tangkapan tahun lepas.
Beliau turut menyeru kerjasama rapat antara sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang terdiri daripada pegawai polis, yang merupakan mekanisme terbaik mencegah pembabitan pelajar dalam penyalahgunaan dadah dan kegiatan jenayah.
Afiq Ariffin
Sun Feb 10 2019

Pengaruh rakan sebaya yang mengajak mereka melakukan jenayah juga merupakan antara punca pelajar terlibat dengan jenayah ekstrem, kata Shahul Hamid. - Gambar hiasan

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior
Kumpulan pelajar senior tersebut turut didakwa sering memeras ugut wang daripada pelajar junior berkenaan untuk membeli minuman keras.

Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar
Apabila berlaku kes sebegini, masyarakat melontarkan pertanyaan mengapa si isteri tidak bertindak keluar dari rumah dan membebaskan dirinya?

Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu.

PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta
Kerajaan secara purata membelanjakan RM64 sehari bagi setiap peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dua RUU tangani isu buli diluluskan Dewan Negara
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2024 bagi menangani isu buli.

Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.

ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta
Baru sehari ditayangkan, filem Kahar: Kapla High Council berjaya meraih kutipan RM1 juta!

"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"

Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.