KOTA BHARU: Hanya bermodalkan wang simpanan RM100 untuk menjual 'risoles,' sejenis pastri yang popular di Indonesia, usahawan makanan ringan Hassmira Che Omar @ Che Hassan, 34, tidak menyangka perniagaannya kini mampu mencecah keuntungan lebih RM20,000 sebulan.
Siswazah Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dan Perniagaan (Perdagangan) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu berkata idea untuk mengusahakan perniagaan tersebut tercetus apabila keluarganya sering menjadikan risoles sebagai makanan pilihan ketika meluangkan masa bersama-sama.
"Pada peringkat awal, saya hanya menjual secara kecil-kecilan kepada kenalan dan kawasan kejiranan di Banting, Selangor kerana makanan ini kurang dikenali ketika itu.
"Namun saya tidak menyangka lama-kelamaan ia mula mendapat sambutan ramai walaupun pada peringkat permulaan, produk ini agak asing dalam kalangan penduduk di sini," katanya kepada pemberita pada Selasa sambil menambah beliau belajar cara membuat risoles daripada kakak iparnya, Evy Widiastuti, 40, yang berasal dari Indonesia.
Mengulas lanjut, ibu dua anak yang berasal dari Machang itu berkata penggunaan media sosial banyak membantu beliau untuk melonjakkan hasil jualan.
"Jika sebelum ini saya mampu menghasilkan sekitar 100 hingga 500 peket sahaja sebulan namun dengan strategi pemasaran yang dilakukan menerusi media sosial, pengeluaran produk semakin laju dan keuntungan yang diperoleh juga semakin meningkat.
"Saya berjaya menghasilkan 6,000 hingga 10,000 peket risoles sebulan untuk diedarkan di seluruh negara melalui pengedar dan ejen yang dilantik serta berjaya dipasarkan kepada 70 kedai di seluruh negara," katanya yang mempunyai tujuh pekerja.
Hassmira, yang kini memiliki kilang sendiri di Jenjarom, Banting, Selangor bercadang mengembangkan lagi perniagaannya untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan memerlukan.
"Alhamdulillah, sokongan daripada agensi Kerajaan Negeri Selangor,Jabatan Pertanian dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) juga membuatkan perniagaan yang diusahakan kini mampu berkembang dengan lebih luas lagi," katanya sambil menambah terdapat lima jenis risoles keluaran syarikat beliau iaitu berintikan ayam, daging, ayam keju, daging keju dan peperoni daging berkeju.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 11 2022

Hassmira dan suami, Mohd Dzulkifli Mokhli, menunjukkan produk RisolesMY Frozen keluaran syarikat mereka. - Foto UMK/Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bermodalkan RM100, siswazah raih pendapatan lima angka sebulan jual risoles sejuk beku
Idea tercetus apabila keluarganya sering menjadikan risoles sebagai makanan pilihan ketika meluangkan masa bersama.