ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Jun 2024.


1. Reman ibu bapa Zayn Rayyan sambung enam hari

Reman terhadap ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu, disambung selama enam hari.



2. Ahmad Jailani dilantik sebagai Pengerusi SPA baharu

Pelantikan Ahmad Jailani itu berkuat kuasa hari ini, 7 Jun 2024 untuk tempoh tiga tahun.


3. Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan

Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan.


4. PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan umum calon minggu depan

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan membuat pengumuman itu selepas berbincang dengan anggota komponen Kerajaan Perpaduan.


5. Ancaman bom: Polis rekod keterangan menteri, saksi

Insiden kes di bangunan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu masih dalam siasatan.


6. Kastam Kedah arah kontena Israel berpatah balik ke Thailand

Lori treler membawa kontena berlogo syarikat ZIM Israel mengandungi dagangan peralatan komputer dikesan cuba memasuki Malaysia melalui ICQS ukit Kayu Hitam.


7. ByteDance rancang labur RM10 bilion, jadikan Malaysia hab AI di rantau ini - Tengku Zafrul 

Pemilik Tiktok, ByteDance, merancang untuk melabur dalam kecerdasan buatan (AI) dan menjadikan Malaysia sebagai hab AI di rantau ini dengan cadangan pelaburan kira-kira RM10 bilion.


8. Kecuaian perubatan: Bekas CEO Prolintas terima pampasan RM5.1 juta 

Mahkamah Tinggi menganugerahkan ganti rugi RM5.1 juta kepada pentadbir harta pusaka bekas CEO Prolintas yang mengalami kerosakan otak selepas pembedahan di sebuah hospital pakar swasta, lapan tahun lalu.


9. Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 17 Jun 

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 17 Jun ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Mohd Aseral Jusman.


10. Jangan amalkan kebebasan bersuara hingga porak-perandakan negara - PM Anwar 

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi iltizam dan komitmennya untuk melindungi kebebasan media dalam melaksanakan tugas, sambil menganggap industri itu sangat penting dalam agenda membangunkan bangsa dan negara.