ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 April 2024.


1. Bapa kandung ditahan, disyaki bunuh bayi enam bulan

Seorang bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan maut disyaki akibat didera di rumahnya di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Hulu Langat, Selangor.



2. 200 mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke PPS

Seramai 200 orang mangsa banjir di daerah ini berjaya dipindahkan ke kawasan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama beberapa agensi penyelamat lain.


3. Tunku Ismail berkenan derma rumput hibrid kepada Stadium Nasional Bukit Jalil

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan untuk mendermakan rumput hibrid yang ketika ini sedang ditanam di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos kepada Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


4. Penduduk dakwa siren amaran banjir tidak bunyi

Penduduk di Kampung Bukit Tambun, Durian Tunggal, di sini, mendakwa siren amaran banjir tidak berbunyi ketika air sungai melimpah dan menyebabkan penduduk kelam kabut sebaik menyedari kediaman dinaiki air.


5. Kes Najib cabar kewujudan Titah Adendum, dijalankan secara dalam kamar

Media tidak dibenarkan membuat liputan kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman, bagi mencabar kewujudan perintah tambahan dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.


6. HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke

Kontrak kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah atau pemilik syarikat itu.


7. Dr Mahathir dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk 'mengancam rakyat'.


8. Joseph Kurup meninggal dunia di IJN

Bekas Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup dilapor meninggal dunia hari ini, pada usia 80 tahun.


9. Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 agar bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara enam tahun di rumah.


10. Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi

Kerajaan memandang serius tindakan sesetengah pihak yang memainkan sentimen rakyat sehingga meningkatkan suhu perkauman dan keagamaan, yang mampu mengancam keharmonian negara serta kerukunan masyarakat pelbagai kaum.