ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Jun 2023.

1. 'Selamat negara, selamat umat' - Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim secara ringkas menzahirkan penghargaan akan pengorbanan yang dilakukan oleh semua pihak dalam memastikan keamanan negara ini.

2. Tujuh jemaah haji Malaysia tidak jalani wukuf

Seramai tujuh daripada 31,600 jemaah haji Malaysia tidak dapat menyempurnakan ibadah wukuf pada Selasa lepas.

3. KKM umum SOP baharu COVID-19

Antara SOP baharu tersebut adalah mengenai pemakaian pelitup muka, prosedur pengasingan kes disahkan COVID-19 dan pelanjutan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan.


4. Hari Raya Aidiladha disambut meriah di seluruh negara

Sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara hari ini meriah dengan kebanyakan masjid dipenuhi umat Islam, termasuk pemimpin serta ketua negeri mahupun setempat, yang hadir seawal pukul 7 pagi, bersama bertakbir memuji kebesaran Tuhan dan menunaikan solat sunat Aidiladha.


5. Badal haji: Mangsa penipuan dinasihat lapor polis

Umat Islam yang telah menjadi mangsa penipuan badal haji dinasihatkan membuat laporan polis memandangkan kes berkenaan masih berlaku apabila tiba musim haji.


6. DAP Pulau Pinang ingatkan jangan percaya senarai calon tular PRN

DAP Pulau Pinang meminta ahli-ahli, para penyokong dan pengundi agar tidak mempercayai sebarang edaran senarai calon pilihan raya negeri (PRN) yang bukan dari sumber sahih.


7. Ketepi ego, kepentingan kaum kerabat dan keluarga demi kekuatan negara - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia mengetepikan ego, kepentingan kaum kerabat dan keluarga demi kekuatan negara tanpa mengira bangsa, terutama dalam membantu mereka yang lemah dan terpinggir.


8. Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembakaran al-Quran di Stockholm - Zambry

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan tindakan provokatif membakar kitab suci al-Quran pada 28 Jun, 2023 di Stockholm.


9. Harimau Malaya capai ranking terbaik dalam tempoh 17 tahun

Malaysia terus menunjukkan peningkatan apabila naik satu anak tangga di posisi ke-137 dalam kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).


10. Aidiladha: Trafik lebuh raya utama bergerak perlahan akibat kemalangan, bas rosak

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak perlahan akibat berlakunya kemalangan dan kenderaan rosak, tetapi lancar pada Hari Raya Aidiladha, petang ini.